Hari ini adalah 'Open Day' di sekolah. Hari di mana parent datang untuk tandatangan rekod markah dan berbincang hal ehwal pelajaran anak-anak mereka.
Apa yang dikisahkan ialah, saya sebagai Guru Kelas 6C ( faham-fahamlah sahajalah...) didatangi oleh anak-anak murid selepas bacaan Yassin. Kata wakil mereka, Ustaz tolonglah, cerita yang baik-baik sahaja dengan emak ayah kita orang. Ustazkan baik, nanti kalau tak teruk kami kena di rumah.
Saya hanya tersenyum, dan menjawab. Tak janji tapi yang pasti balik rumah nanti u all tadah punggung sahaja. Masing-masing, buat muka tak puas hati. Saya kata Insya' Allah saya akan ceritakan yang baik-baik dan terbaik untuk emak ayah u all. Wajah mereka nampak ceria.
Saya kata, Ustaz akan cerita yang terbaik tentang u all tak buat kerja rumah, tak fokus dalan kelas, main-main di sekolah dan apa-apa cerita yang terbaik yang membolehkan u all dapat yang terbaik dari emak ayah u all.Masing-masing terus beredar dengan senyum meleret. Last word, ' Ustaz nie, memang tau'
Dan akhirnya, demi kebaikan anak bangsa, saya sudah selesaikan tanggungjawab. Sudah ceritakan yang baik-baik dan terbaik.
Buat parents jangan kecewa dengan pencapaian anak, yang penting adalah akhlak dan peribadi mereka. Masa ada lagi untuk UPSR dan SIA.
Moga berjaya semuanya.
No comments:
Post a Comment