Assalamualaikum w.w
Asyik delay memanjang nak cerita dan upload gambar tentang musolla ini. Hasil Dari gerak kerja membersih, mengemas dan yang akhir membasuh. Alhamdulillah musolla telah dapat digunakan .
Di bawah adalah gambar hari pertama ( Isnin ) musolla itu digunakan. Thank's daun keladi kepada penyumbang -penyumbang dalam apa jua bentuk. Sama ada yang terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Allah jua yang membalasnya.
Alhamdulillah, pelajar dapat solat zuhur berjemaah.

Diimamkan oleh Ustaz Hatta Bin Abu Bakar
GPK 1 ( Ustaz Saufi Yusof ) turut serta berjemaah bersama anak-anak didik. Syukran dan Alhamdulillah.
‘Dan dirikanlah sembahyang (dengan tetap), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’. (Al-Ankabut: 54)
Disaat kita berbicara soal displin pelajar dan remaja masa kini, disekolah mahu pun diluar kawasan sekolah, bagi saya solat adalah penawar dan satu cara kaedah membendung gejala kebejatan sosial yang terlampau.
Ibarat kita membina benteng diri dari pencerobohan dari anasir-anasir negatif dan jahat. Janji Allah sudah tentunya pasti. Yakinlah. Solat dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar
Orait, jumpa lagi
Adios

No comments:
Post a Comment