Tuesday, 7 August 2012

:: [ Bergambar ] Berkat Ramadhan ::

Assalamualaikum w.w

Hari ini diam tidak diam kita berpuasa telah masuk kepada semester ke dua berpuasa. Seperti apa yang dipesan oleh Nabi junjungan yang bermaksud: Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya) pembebasan dari api neraka.

Harapannya moga kita mendapat dan mengejar sebanyak mana amalan yang dijanjikan di bulan barakah ini.
Bulan lain dari yang lain. Bulan yang amat teristimewa.

Kesempatan ini saya hanya nak share apa yang telah dilakukan di bulan ramadan. Berkat bulan ramadan berlipat kali ganda ganjarannya. Saya bersama kekawan team 'Dinniah' ( Agama ). Mengurusakan beberapa program. Antaranya adalah program sedekah tahlil arwah dan infak ramadan untuk anak yatim.

Berkat dari bulan ramadan dan kemurahan sedekah dari ibubapa murid sekolah, Alhamdulillah dapat mengumpulkan sejumlah derma dari para dermawan. Mengikut pecahannya kami mendapat lebih kurang RM2900/- bagi sumbangan tahlil arwah. Manakala anak-anak yatim mendapat sumbangan lebih kurang RM2500/- ( Jumlah sebenar akan dimaklumkan )

Sehubungan dengan itu juga, pihak team 'Dinniah' telah mengadakan suatu mesyuarat bagi mengurus tadbir sedekah dan sumbangan para dermawan. Maka hari ini satu mensyuarat telah diadakan dihadiri oleh para pentadbir sekolah dan mensyarat dipengerusikan oleh saya sendiri.

Antara agendanya adalah memutuskan sedekah anak yatim yang telah diterima. Oleh kerana ahli mesyuarat adalah dikalangan para ustaz dan ustazah. Segala permasalah yang timbul dapat diselesaikan dengan tutas bersandarkan dalil dan hujah syarak.

Paling menarik dapat ilmu baru yang dibentangkan oleh Ustaz Hatta Abu Bakar. Satu adalah kaedah Usul Fiqh, " Adat sesuatu tempat menjadi hukum. Satu lagi ilmu, " Apabila sempit sesuatu urusan, Islam perluaskan. Perkara ini timbul kerana bagi memberi penjelasan tentang definasi anak yatim sebenar. Sebab mengikut rekod sekolah ada yang kematian ibu atau salah satunya.

Alhamdulillah, oleh kerana kita bukan banyak harta. Ingin derma banyak tidak  ler. Harta adalah sikit cukup buat makan hari-hari. Tapi dengan cara lain, sumbangan idea dan tenaga yang dapat menjayakan program ini.

Duit derma yang dapat telah ditukar kepada wang kertas Ringgit Malaysia baru.











Ustazah Hidayati Payate selaku orang yang bertanggung jawab mengurus dan menyimpan wang derma ini buat sementara waktu. Sibuk kira duit yer ante. Baru sikit dah poning!








Persediaan awal sebelum di serahkan kepada anak yatim SRAJP.













Tu jer.
Jumpa lagi
Adios.

No comments:

Post a Comment