Assalamualaikum w.w
Salam musim tengkujuh
Salam hujan memanjang.
MITC banjir, Apa cerr?
Seperti yang saya tuliskan dalam entry yang lepas, akan cerita tentang result exam di sekolah saya. Jadinya, di sini saya kongsikan keputusan 2 exam besar yang telah berlangsung pada sesi pembelajaran 2012.
i. SIA [ Sijil Ibtida'iah Arabiah ]
Saya bicarakan ini dulu sebab keputusannya keluar dahulu sebelum cuti persekolahan melabuh tirainya. Alhamdulillah keputusan walau pun tidak seperti apa yang diharapkan. Tetapi mengikut keputusan rasmi, mendapat kedudukan 2 terbaik dalam SABK negeri Melaka. Tahun sudah sekolah mendapat pelajar terbaik keseluruhan. Tidak ada rezeki untuk mengekalkan rekod.
Tahun ini hanya 3 orang yang mendapat straight 6A. Manakala 11 orang mumtaz. Mengikut keputusan rasmi yang tertera atas kertas hanya seorang sahaja gagal dari 96 calon. 3 Orang yang mendapat straight 6A telah di panggil ke Majlis pengumuman keputusan di Dewan Masjid Al-Azim. Dihadiri oleh Y.B. Datuk Hj Yaakub bin Md Amin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Islam serta Pengarah dan para pegawai JAIM.
Tahniah...tahniah buat yang berjaya. Buat anak-anak murid yang gagal terutama kelas hujung, banyakkan muhasabah. Puas sudahku me'hijau'kan (hulk) diri untuk mereka berjaya Tidak berjaya di sini kamu akan berjaya di masa hadapan. Amin.
ii. UPSR
Tahun ini pelik sedikit, keputusan UPSR lewat. Keputusan diumumkan sewaktu cuti sekolah. Lewat seminggu sesudah tirai cuti persekolahan dilabuhkan tirainya.
Banyak khabar-khabar angin mengapa keputusan lambat dikeluarkan. Pelbagai berita yang tidak dipastikan kebenarannya atas keterlewatan keputusan UPSR ini. Saya malas nak layan dan dengar. Dengar sahajalah kenyataan rasmi dari pihak yang bertanggungjawab.
Dan akhirnya, 19hb Nov 2012 keputusan keluar. Waktu cuti. Hasil dari calling-calling dan ber'sms' dapat juga keputusan rasmi sekolah. 6 orang mendapat 5A dan 6 4A 1B. Lain-lainnya tidak diketahui. Tunggu juga dari portal sekolah. Belum di muat naik lagi berita.
Buat yang berjaya tahniah.
Buat yang anak-anak murid yang kurang bernasib baik, ini bukan berakhir segala-galanya.
Jadikan kegagalan pembakar semangat di masa hadapan.
Ok tu jer berita tentag keputusan.
Jumpa lagi dalam cerita 'long journey' sempena cuti sekolah.
Adios!
No comments:
Post a Comment