Thursday, 12 January 2012

:: Lagi-Lagi Jual ::

Assalamualaikum w.w

Maaf ler saper yang tunggu lama bilalah saya nak upload gambar toys yang baru. Maaflah yer dahulu dipinta. Lately nie agak sibuk sikit. Sekolah dah buka, faham-faham jerlah.

Tugasan di tempat kerja pula dah mula dapat sikit-sikit. Maka dengan itu tugasan yang diamanahkan sudah tentu kena jalankan sebaik yang mungkin. Macam iklan kopi janda tu, 'bukan nak mengoda, cuma nak berniaga' so bagi saya pula, 'bukan ada apa-apa, cuma nak kejar pahala'. Yang lainnya kita serah pada Allah.  Pentingnya SKT di sisi Allah tinggi dan mendapat 'award' yang setimpal pada kehidupan di sana.

Orait, pilih jangan tak pilih mainan di bawah. Nak puas hati ada few fitback comment dibawah.
Adios


  
JigsawABC21 RM15.00 Sold


Jigsaw12322 RM15.00 Sold
  
 Puzzle Vehicle23 RM15.00 Sold

 Puzzle Vehicle24 RM15.00 Sold

 Wooden Match25 RM18.00

Note : Mainan  PuzzleVehicle 23 dan 24 masih good condition dan berfungsi dengan elok, hanya kota sahaja tak ada. Harap maklum

Sunday, 8 January 2012

:: Alhamdulillah ::

Assalamualaikum w.w

 First, Syukur Alhamdulillah apa yang dihajatkan dan di'upload'kan telah terjual. Hari tu dah kata, bukan 'cobaan' ( baca : main-main ) tetapi betul-betul punya.

Bagi yang terlepas jangan sedih jangan susah hati, lihatlah gambar di bawah anak dara saya tengah sibuk mengemas dan tampal pelekat harga mana yang dia rasa tak nak main lagi.

Steady adik, moga target kita tecapai. Amin


Sabar dan selamat menunggu. 
Adios

Friday, 6 January 2012

:: Lagi Jualan ::

Assalamualaikum w.w

 Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik. Jadi saya uploadkan lagi  toys yang nak dijual.

Selamat membeli. Bye.

 Puzzle Thomas16 RM25.00 Sold
   
Bob Build17 RM18.00 Sold

Teletubbies18 RM18.00 Sold
  
Felt Bob19 RM15.00 Sold

Puzzle Thomas20 RM18.00 Sold

Wednesday, 4 January 2012

:: First Day School 2012 ::

Assalamualaikum w.w

Good Morning Teacher, Good Morning everyone.

Today, Hari perrtama sekolah. Bagi parents dah mula 'busy' kembali. Early Morning dah kena bangun siapakan apa yang perlu.

Anak-anak, no more bangun lambat, no more game 'angry bird' after breakfeast. Wake up early bersiap nak ke Sekolah. Don't be late sampai ke Sekolah, ok!.

Buat All cikgu welcome back to school. Bersedia jerlah dengan perangai  'anak-anak' kita di Sekolah. Harap-harap no more jerit-jerit. No more main kejar-kejar  cari 'anak-anak' always ke toilet. Dan sebagainya.

Di kesempatan ini saya mengajak diri dan semua, mari kita sama-sama kita buat 'trasformasi diri' pada 2012.

Adios.

 Serba baru, Moga sampai hujung tahun putih tu.

Sebahagian parent yang prihatin. Amin.

Selamat pagi cikgu, Selamat pagi Cikgu Displin

Bukti, First day dah dapat  'relief '

Mc perhimpunan ringkas pagi ini.

Selamat pagi cikgi-cikgi

Tuesday, 3 January 2012

:: Jual- Jual Lagi ::

Assalamualaikum w.w

Alhamdulillah niat kami nak kosongkan ruang rumah semacam termakbul. Disamping ingin berkongsi dengan kawan-kawan.

Tentang toy's tu. Saya dan wife mmg jaga elok. Sebab tu kami kata 'like new'. Anak main bersistem. Lepas main kemas dan simpan balik. Kemudian kami akan buat  checking mengikut kelapangan. Thats why masih elok dan cukup sifat.

Satu lagi semua toy's tu dalam Bahasa Inggeris seperti Match Card, Alphabet Match Up dan sebagainya. Menyahut seruan Kementerian Pelajaraan Malaysia tahun ini sudah mula pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Jadinya, 'education toy' boleh jadi BBM ( Bahan Bantu Mengajar ) di rumah.

Ok, more 'toys' kat bawah nak jual.

 Selamat membeli.

 Felt Farm11 RM18.00 Sold

PoohABC12 RM15.00 Sold

Puzzle Vehicle13 RM20.00  Sold

WodenELC14 RM18.00 Sold


Puzzle Colours15 RM15.00 Sold

Sunday, 1 January 2012

:: Jual Lagi ::

Assalamualaikum w.w

Seperti yang dikatakan sebelum ini, more toys nak jual just to kosongkan ruang. Jangan tak rebut memang mahal kalau beli baru di luar. Mainan ini 'like new' masih dalam kotak dan cukup sifat. Bukan 'cobaan atau mainan' Ini betul-betul punya.

Jangan lepaskan peluang.

 Bob06 RM 18.00 Sold

Bob07 RM18.00 Sold

 Thomas08 RM15.00 Sold
  
 Match09 RM20.00 Sold

 Number10 RM 18.00 Sold

:: 2012 ::

Assalamualaikum w.w

Happy new year. 2012 datang 2011 berlalu pergi.
     
Biasanya bila bercakap tentang tahun baru 2012 orang akan memperkatakan  tentang azzam baru, target dan misi tahun baru bagi sebuah pencapaian yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Tidak terlepas juga saya, tapi apa-apa pun saya suka meletak satu hadis Nabi sebagai asasnya dalam kita menjalankan azzan baru, target dan sebagainya. Maksud sabda Nabi itu ialah : Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:  " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu ".

Ini asasnya, sebab itu kedudukan hadis ini Ulamak Mukatabar meletakkan kedudukan hadis ini paling hadapan, paling awal dalam penulisan kitab. 

Dan iktibar yang boleh di ambil dari maksud sabda Nabi Junjungan bagi melayari 2012 ialah Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
  
Kita berhijrah dari 2011 ke 2012, hijrahkan azzam serta misi yang belum terlaksana atau yang baru kerana Allah. Moga hijrah kita dari baik kepada baik 'bangat'. Dari baik 'bangat' kepada yang terbaik.

كل عام وأنتم بخير