Sunday, 1 January 2012

:: 2012 ::

Assalamualaikum w.w

Happy new year. 2012 datang 2011 berlalu pergi.
     
Biasanya bila bercakap tentang tahun baru 2012 orang akan memperkatakan  tentang azzam baru, target dan misi tahun baru bagi sebuah pencapaian yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Tidak terlepas juga saya, tapi apa-apa pun saya suka meletak satu hadis Nabi sebagai asasnya dalam kita menjalankan azzan baru, target dan sebagainya. Maksud sabda Nabi itu ialah : Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:  " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu ".

Ini asasnya, sebab itu kedudukan hadis ini Ulamak Mukatabar meletakkan kedudukan hadis ini paling hadapan, paling awal dalam penulisan kitab. 

Dan iktibar yang boleh di ambil dari maksud sabda Nabi Junjungan bagi melayari 2012 ialah Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
  
Kita berhijrah dari 2011 ke 2012, hijrahkan azzam serta misi yang belum terlaksana atau yang baru kerana Allah. Moga hijrah kita dari baik kepada baik 'bangat'. Dari baik 'bangat' kepada yang terbaik.

كل عام وأنتم بخير

No comments:

Post a Comment