Thursday, 26 April 2012

:: Apa Kes, Apa Citer ::

Assalamualaikum w.w

Ketemu kembali.

Lama bebenor yer senyap. Tanpa mencoretkan entry baru dalam blog ini. Entah apa sebabnya. Semangat  katanya dulu-dulu. Nak kata tak ada cerita dan bahan entry.  Melambak-lambak. Banyak cerita dan dan bahan yang boleh dicoretkan.

Projek helping hands terus berjalan. Saya sendiri berusaha membuka jalan kekawan menyumbang bagi mencari hasil tuaian yang lumayan di akhirat sana. Baru-baru ini, pada 12hb April malam berlangsung Solat Hajat Perdana Dan Munajat Hamba di Sekolah. Program yang melibatkan murid darjah 6 bersama Ibubapa serta warga pendidik sekolah.

Program ini pun pada mulanya mendatangkan kerisauan. Terutamanya dari sudut dana atau pun kewangan bagi menjayakan program ini. Kebetulan saya diamanahkan menjadi  Penyelaras Program. Lagilah risau. Menjadi beban juga dibuatnya.

Tetapi berkat mesyuarah beberapa kali bersama Ustaz dan Ustazah di sekolah dan  dorongan serta semangat dari GPK 1 Ustaz Saufi Yusof, kerisauan akhirnya terlerai. Dari satu program perdana yang mula zero, nothing tidak ada budjet kewangan tetapi akhinya berjaya  dengan jayanya.

Mendapat feedback yang baik, dari teman-teman dan rakan-rakan. Semuanya hasil dari projek helping hands. Saya hanya membuka jalan. Teman-teman dan rakan-rakan yang menjayakan. Dari zero kepada lebihan duit dari sumbangan para dermawan.

Alhamdulillah Allah permudahkan.

...sambung ada hal.

Thursday, 22 March 2012

:: Teristimewa ::

Assalamualaikum w.w

Entry ini khas didikasi untuk para penyumbang dan yang membantu projek Musolla. Tanpa bantuan anda semua sudah tentu Musolla tidak dapat disiapkan dan dijayakan.

Special thank's to :
1- Young entrepreneurs KSoton, Dr. Basheer from Universiti Pentronas
2- Pak Sahak dan Kawannya, ( tanpa kudratnya mungkin tak berjaya )
3- Penderma-penderma yang menyumbang.
4- Penyumbang yang buat secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi
5- Ibubapa yang mensedekahkan sejadah. Syukran.
6- Pentadbir sekolah yang beri keizinan, mudah-mudahan ada pulangannya untuk sekolah
7- Semua warga SRAJP yang kesusahan di pagi hari untuk park kereta. Sabar dan hati-hati memarking kereta.

Di bawah saya uploadkan sedikit gambar yang berkaitan dengan Musolla. Ada penambahbaikan dari masa ke semasa.

Orait, ketemu lagi
Adios.

 Penambahan paip mengambil wudhuk












Asalnya yang ini sahaja














Tok Siak tengah susun selipar


Wednesday, 21 March 2012

:: Warung Kita ::

Assalamualaikum w.w

Sesajer nak citer tentang tempat lepak-lepak after kerja. Mesti u all ada tempat lepak selepas waktu kerja atau waktu rehat kerja. Tempat yang biasa menjadi 'port' dengan kawan-kawan makan atau menyembang sebelum balik rumah atau waktu rehat makan.

So, I nak share satu 'port' baik punya tempat lepak dengan member-member kerja. I namakan tempat tu dengan kekawan atas nama 'warung kita'. Macam-macam ada. Tak caya maih tengok apa ada.






Memandai letak nama, 'warung kita'...












Meja biasa seperti telah terpahat nama di atasnya, Sir Redza setia menanti kekawan datang.













Tuan tanah, merenung jauh...













Epok-epok ada, kuih kacang ada, goreng pisang ada...panas-panas...memang terbaik!














Mee kari ada...













Tauhu sumbat ada, lawan kuah sambal kacang, memang tebaik!










Sir Aminuddin ( darah manis ), sedang menikmati karipap yang punyai inti yang padat. 'Karipap tembam'...








Lokasi warung, Jalan Lama Melaka Muar.
KM12, Kampung pernu
Berdekatan dengan Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu.
Orait, Jumpa lagi. 
Adios.



Saturday, 17 March 2012

:: Musolla v2 ::

Assalamualaikum w.w

Asyik delay memanjang nak cerita dan upload gambar tentang musolla ini. Hasil Dari gerak kerja membersih, mengemas dan yang akhir membasuh. Alhamdulillah musolla telah dapat digunakan .

Di bawah adalah gambar hari pertama ( Isnin ) musolla itu digunakan. Thank's daun keladi kepada penyumbang -penyumbang dalam apa jua bentuk. Sama ada yang terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Allah jua yang membalasnya.


 Alhamdulillah, pelajar dapat solat zuhur berjemaah.













Diimamkan oleh Ustaz Hatta Bin Abu Bakar










 


GPK 1 ( Ustaz Saufi Yusof ) turut serta berjemaah bersama anak-anak didik. Syukran dan Alhamdulillah.












‘Dan dirikanlah sembahyang (dengan tetap), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’. (Al-Ankabut: 54)

Disaat kita berbicara soal displin pelajar dan remaja masa kini, disekolah mahu pun diluar kawasan sekolah, bagi saya solat adalah penawar dan satu cara kaedah membendung gejala kebejatan sosial yang terlampau.

Ibarat kita membina benteng diri dari pencerobohan dari anasir-anasir negatif dan jahat.  Janji Allah sudah tentunya pasti. Yakinlah. Solat dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar

Orait, jumpa lagi
Adios

Thursday, 8 March 2012

:: Musolla :

Assalamualaikum w.w

For introduction,
Musolla is an Arabic word used for surau. Its a smaller place compare to masjeed, owned by individual or authorities who build it. Wallahualam for the daeef interpretation.

What im trying to say here is that…its my biggest dream to build surau at school, specially allocated a room as prayer place where murid-murid boleh pray together dengan guru-guru atau boleh buat apa-apa aktiviti keagamaan.

My reason is tak wajarlah sekolah yang berteraskan pengajaran agama tetapi tidak ada prayer room for aktiviti ibadah dan amali pembelajaran.

Mesti u all tanya, why tak ada surau. I don't nolah. May be depa tak terfikir atau budjet tidak ada dalam pembinaan sekolah.

Starting from that, I try try cari donation yang sudi nak jayakan my dream under projek helping hands. Alhamdulillah berkat kongsi-kongsi dapat dijayakan. Thank's you so much for all donation. Now  I upload gambar untuk tatapan apa yang you all sudah sumbangkan. 

Terima kasih daun keladi, next time sumbang lagi
Orait Adios.

Di atas kebenaran pentadbir, gajaj kereta diguna pakai untuk dibuat Musolla.










Pak Sahak dan Kawannya membantu mengemas garaj










Cara orang lama kerja, barang bersepah tersusun rapi sebelum hapus kira.










 GPK 1, wakil pentadbir 'ambil peduli'.











Kerja amal yang Pak Sahak dan Kawannya lakukan tetap dihargai. Terima Kasih daun keladi.

Tuesday, 28 February 2012

:: Helping Hands v2 ::

Assalamualaikum w.w

Salam ketemu kembali

Last time tulis tentang projek Helping Hands, bahasa mudah buat kerja amal. Membantu pihak memerlukan. Lama tak menulis sebab, exam semester ( exam mood ). Now, Alhamdulillah exam selesai. Boleh  sambung story balik  tentang 'Helping Hands'

So, for this entry I nak cerita sikit about this projek. Saya cuba melatih diri dan keluarga sambil mengajak pembaca untuk memberi bantuan serta pertolongan yang boleh diberikan. Bukan mudah juga nak beri bantuan dan sumbangan di masa sekarang. Zaman kejar-mengejar ( rushing ). Zaman touch n go ( suami balik kerja, isteri keluar pula kerja malam atau sebaliknya ). Zaman barang naik, Naik memanjang. Hujan sahaja yang turun. Zaman tak cukup belanja. Kekadang nak sedekah kat tabung mesjid hari jumaat pun susah. Walhal, sedekah tak perlu banyak, yang penting sedikit tetapi konsisten ( istiqomah arab cakap ).

Jadinya, I mengambil jalan kita tak mampu beri sumbangan banyak berupa material atau sebagainya. Why not, kita buka lorong dan jalan. Sumbangan amal melalui idea dan usaha cari mana-mana pihak yang punyai kemampuan yang lebih untuk beri sumbangannya ( kewangan atau barangan ) demi masa depan ( akhirat ) yang cemerlang dan terbilang.

Secara tidak langsung sama-sama dapat pahala untuk bekalan di akhirat sana. Alhamdulillah projek ini telah berjalan .dari tindakan suka-suka membantu. Tahun lepas I dengan bantuan kekawan dapat bantu seorang murid  belikan cermin mata. Murid tersebut kurang berkemampuan tetapi punyai potensi untuk berjaya. Setelah disiasat melalui data murid dan siasatan memang wajar dibantu. Alhamdulillah beliau dapat belajar dengan selesa.

Pada mulanya, I and my freinds buat kerja sembunyi-sembunyi. Sekadar suka-suka. Tetapi setelah terbaca satu hadis tentang berbuat kebaikan kemudian orang lain ikut kita akan dapat pahala I tak nak dah sorok-sorok. Bukan nak riak dan bangga diri. Minta jauh dari sifat Mazmumah tersebut. Jadinya, why not perkara baik kita kongsi bersama. Bantuan dan sumbangan yang sedikit kalau ramai yang menyumbang dan memberi dapat banyak lagi kerja-kerja amal yang dapat dilakukan. Gajarannya meluas, Insya' Allah. Amin.

Setakat nie dulu, nanti I cerita projek terkini yang telah berjaya dibuat dan berjalan dengan baik
Thank's sudi membaca.

Adios
[ srajp/28.2.12/10.17 am ]

Friday, 10 February 2012

:: Helping Hands ::

Assalamualaikum w.w

salam penghulu segala hari,
Hari penuh barakah dan rahmatNYA.

Sebagai iftitahnya, suka saya membawa satu mahfum hadis Nabi berkaitan sedekah yang mana apabila mati seorang anak Adam, terputus segala amalannya kecuali 3 pekara. Pertama, anak yang soleh yang senantiasa mendoakannya. Kedua, sedekah jariah yang mana berpanjangan pahalanya dan yang ketiga Ilmu yang memberi menafaat.

Hadis yang biasa kita dengar dan mudah difahami. Tentang sebuah kematian yang pasti. Dan kita tahu kehidupan di alam barzakh sebelum hari penghakiman. Segala yang kita punyai di dunia tidak ada menafaat dikala itu. Baik pangkat kedudukan, mahu pun harta yang melempah ruah. Dibawa bersama hanya kain kafan yang putih warnanya.

Tapi Allah jua yang maha Pengampun dan Maha luas Rahmatnya. Jika hadamkan maksud hadis diawal tadi, kita akan berlumba-lumba mengambil ruang dan tempat di mana yang boleh kita dapat pahala serta rahmat Allah.

Seperti saya yang tidak punya anak ramai lagi ( akan usaha ), mengharap anak yang ada menjadi anak yang soleh dan solehah, amin. Tidak punya harta yang banyak untuk mengambil peluang bersedekah jariah. Adalah sikit-sikit itu pun kadang kala. Punyai Ilmu yang tak seberapa berbanding Ilmu yang Maha Luas. Tetapi saya berusaha untuk mengambil ruang dan tempat diantara 3 pekara yang Nabi sebutkan tadi.

Mengharap pada Ilahi agar amalan yang dilakukan diterima sebagai Ibadah dan diterima olehnya pada hari kemudian.

Dengan itu muqaddimah itu, saya mengajak diri sendiri dan saudara pembaca untuk menjayakan projek ' Helping Hands'. Bantu membantu sambil menabur benih pahala yang akan dituai dikehidupan di sana...( bersambung, exam mood )