Thursday, 26 January 2012

:: Toy Story ::

Assalamualaikum w.w

Demi keazaman yang telah ditanam, janji yang dibuat untuk tidak biarkan blog ini tidak berisi gagahkan juga kudrat untuk mengisi walau kesibukan duniawi yang tidak terperi. 

 Kalau ikutkan cerita ada sahaja bahan yang boleh dikongsi, tetapi dek kekangan masa akhirnya bahan dah tak 'hot' akhirnya tersimpan dalam kepala sahaja.

 Masih cerita tentang toy story. Mesti ada yang beranggapan dah slow down tak ada yang nak beli. Sesiapa yang beranggapan demikian maka salahlah ia. Walau pun yang dipaparkan di sini masih belum ada buyer. Tetapi secara pelahan-lahan ada yang datang rumah tengok dengan mata sendiri dan terus grap selain promosi bergerak by mulut akhirnya terjual tanpa sempat dipaparkan di sini. Alhamdulillah rezeki anak-anak.

 Saya hanya nak didik anak-anak tentang jaga barang dengan baik. Selain itu ajar dia orang nak get something yang lain kena usaha dari hasil barang-barang yang dia orang jaga. Dibawa saya paparkan beberapa yang telah sold.

 Sold

 Sold

 Orait, jangan lambat-lambat. 
Adios.

No comments:

Post a Comment