Assalamualaikum w.w
Banyak benda juga nak cerita, tetapi kesibukan dunia tu yang asyik delay ajer. Hujung minggu lepas hingga today beberapa news yang boleh dikongsikan tetapi sebab dan lambat nak cerita jadinya pilih beberapa jer yang boleh dikongsikan.
Peristiwa 1
Hari Sabtu 14hb Jan, sebelah pagi I kena pergi sekolah sebab ada program 'Muafakatan' dengan Ibubapa pelajar tahun 6. Sebab i kena mengajar tahun 6, jadinya kenalah hadir. Lepas itu kena duduk depan hadapi soalan Ibubapa berkaitan pelajaran anak mereka. Memang terbaik! Tadah teliga jerlah.
Keseluruhnya positif. Moga ke'positif'an itu membuahkan hasil yang baik untuk sekolah, ibubapa, masyarakat dan juga negara. I biasalah. Dah nama Cikgu Agama, standartlah kena baca doa. Lain-lain tu ada juga stand up ulas dan memberi pandangan. I just share tentang satu buku karangan Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang telah dibaca tentang kecemerlangan anak-anak lahir dari kecemerlangan ibubapa. Boleh dapatkan buku tu di toko-toko buku berdekatan.
Buku yang saya sudah habis baca dan cukup menarik
Cerita-cerita lain dalam program 'Muafakatan' tak ada apa-apa menarik. Isu kecemerlangan anak-anak yang menjadi persoalan dan juga bujet ( dana ). Ada seorang derwaman derma RM3000 bagi mengerakkan program kecemerlangan anak-anak Tahun 6 selain derma kilat yang dipungut mendapat RM1200.00 lebih kurang. Selain sumbangan wajib dari parets RM50.00
Penyerahan Cek RM3000 sumbangan dermawan oleh Timb. YDP PIBG ( berbaju biru )
Ending program tu parents bersalam-salaman dengan cikgu-cikgu tanda muafakat yang termetri demi kecemerlangan anak-anak. Insya' Allah satu permulaan yang baik
Sebahagian
parents yang cemerlang...Amin.
Sekian sahaja,
Khidmat pesanan masyarakat Info Sekolah is brought by Poksyeikh.blogsport.com
Peristiwa 2
Balik dari sekolah sebaik sahaja masuk ke jalan taman, satu kemalangan telah berlaku. Biasalahkan ingin tahu apa yang berlaku. Berhenti dan tanya pada satu brother yang dok ada kat situ. Sebab hairan juga berlaku diselekoh dan melanggar pagar rumah orang. Pemandu dah tak ada kat situ. Menambahkan persoalan.
Selekoh yang dimaksudkan, Waja dah tak ber'waja' lagi.
Sejurus penyiasatan dan soala jawab dapatlah cerita sebenarnya. Rupanya, driver seorang perempuan bersama 2 orang anak. Baru mengambil anak-anak dari pusat jagaan yang ada di dalam taman I. Sebab jadi kemalangan itu ialah disebabkan gangguan anak-anak di dalam kereta. Anak Menganggunya di dalam kereta jadinya mungkin tak dapat kawal atau anak dah terkacau stereng kereta tu yang terbabas. Mujur tidak ada apa-apa kemalangan jiwa atau pun kecederaan. Tapi tak pasal-pasal tembok dan pagar jadi mangsa. Pulak tu rumah orang yang nak sambut raya 'Gong Xi Fat Cai' Faham-faham jerlah bisingnya.
Hilang sudah ke'waja'an kereta ini
Iktibar dari kejadian ini, memang tepatlah kerajaan menguatkuasaan pemakaian tali pinggang belakang bagi penumpang kereta pada tahun 2012. Demi keselamatan dalam kereta memang wajar. Pastikan anak-anak duduk dan memakai tali pinggang. Memang tidak biasa. Tapi jika dilatih dan dibiasakan. Insya' Allah akan jadi biasa. Demi keselamtan. Di negara-negara maju perkara ini menjadi amalan. I pernah memandu di Europe satu tempat duduk untuk satu penumpang. Isi bilangan keluarga lebih lima memang sudah tidak sesuai menggunakan kereta. Dia orang kan beli MPV atau seumpamanya.
Close up
Di Malaysia, kekadang kita boleh lihat memandu sama-sama dengan baby di pangkuan atau anak-anak kecil di duduk di riba. Hairan dibuatnya. Tidak ada rasa bersalah. Memang wajar bebenor kalau pihak berkuasa benar-benar melakukan penguatkuasaan tentang pemakian tali pinggang belakang.
I petik dari laman sesawang JPJ : Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. Oleh itu berhati -hati dijalan raya. Pandu cermat jiwa selamat, kereta pun selamat.
Sekian sahaja,
Khidmat pesanan masyarakat Keselamatan Jalan Raya is brought by Poksyeikh.blogsport.com
Tu jerlah cerita lambat dari saya
Adios