Saturday, 8 September 2012

:: Alhamdulillah Berjaya ::

Assalamualaikum w.w

Pertamanya Alhamdulillah....Alhamdulillah

Just nak share story Solat Hajat Perdana kali ke -3 di Sekolah. Apa yang boleh diluahkan dalam awal bicara memang berjaya. Walau pun pada mula risau dan rungsing tentang keadaan cuaca. Kerisauan tentang kewangan bagi program ini memang tidak ada masalah sebab disponsor sepenuhnya  oleh PIBG. Rupanya kerisaun cuaca memang menguji, saat hampir azan magrib berkumandang hujan renyai-renyai mula turun.

Tetapi berkat doa semua, turun sekadar menyejukan keadaan dan hati. Alhamdulillah Tuhan Maha Kuasa dan mendengar bisikan hati hamba-hambaNYA. Turun hanya sebentar sekadar menyejukan keadaan dan suasana.

Alhamdulillah majlis dapat berjalan dengan baik dan jaya. Kehadiran ibubapa diluar jangkaan.Pihak urus setia terpaksa tambah khemah bagi menampung kehadiran yang diluar jangkaan. Terima kasih ibubapa, kehadiran semua moga-moga membuah natijah yang positif untuk kita semua. Moga doa semua yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi dimakbulkan jua.

Selain program Solat Hajat, ada sedikit program ringkas iaitu Mohon Restu antara pihak guru dan ibubapa. Mengambil semangat Syawal saling maaf bermaafan dan sama-sama berlapang dada antara kedua-dua pihak. Maafkan tersilap kata terlanjur bicara. Maaf segala kekurangtan selama 6 tahun mendidik anak-anak ibubapa yang hadir.

Lain, lain cerita...kita layan gambar. Memang enjoy dan seronok berprogram. Walau pun keletihan dan kepenatan tidak dinafikan. Allah jua yang menilainya, Insya' Allah.

'Imam 2' ( GPK 1) sekolah mencari arah kiblat yang betul.

Memastikan memang betul-betul mengikut kiblat

 Anak murid turut membantu

 
Antara orang kuat menjadi tulang belakang program
from left : Sir Nizam, Sir Aminuddin dan Sir Fendi


 Bacaan Yassin dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Hashim Al-Hafiz

Sebahagian 'parents' yang hadir


 Ibu-ibu yang prihatin

Doa dipohon....


mohon keberkatan dan kejayaan...Amin Ya Rabbal Alamin


Gimik  majlis mohon restu..


 Barisan Pentadbir dan PIBG

 Barisan murabbi yang ikhlas...

bersalaman, bermaafan...


 mohon restu untuk kejayaan

 Makan time, selepas menahan lapar...amat lapar,

 thank's Kak Ani kerana faham.

'Imam 2' yang mudah didekati.
From left : Ustz.Marsita, Teacher Zaidah and Teacher Shazana


ok, harap layan dengar gambar yang dipaparkan.
Jumpa lagi,
Adios

No comments:

Post a Comment