Saturday, 15 September 2012

:: Lambat Cerita ::

Assalamualaikum w.w

Kata orang, kerja bertangguh tidak elok. Dari hari Jumaat lagi saya ingin buat entry ini. Tetapi dari bertangguh kemudian masuk cuti hujung minggu dengan kerja-kerja yang menunggu. Akhirnya baru kini saya dapat menyempat dan memaksakan diri untuk bercerita. Kira lambat ceritalah nie.

i. 
Iktibar. Kejadian berlaku pada Jumaat 14 hb. Sept. Sekitar jam 7.10 pagi. Di jalan lama Melaka-Muar. Sebelum traffic light Kandang.

Waktu pagi bekerja sememangnya sibuk. Ibarat burung terbang dari sangkar mencari rezeki. Siapa cepat dia dapat. Begitulah kehidupan ini. Waktu pagilah kehidupan sebuah keluarga akan menjadi 'rushing' kalau tidak disusun. Ibu dengan kesibukannya di dapur. Ayah sibuk menguruskan anak-anak bangun untuk solat dan bersiap ke sekolah. 

Bila sudah keluar rumah, masing-masing perlu segera sampai ke destinasi sebelum waktu yang telah ditetapkan. Anak-anak dengan waktu mula persekolahan. Ibu bapa dengan waktu kerjanya. Kejar punch card supaya tak merah.

Apa yang saya nak cerita adalah, dalam kita bersegera haruslah berhati-hati. Safety first. Kekadang bila tergesa-gesa kita lupa akan keselamatan.  Terutama di atas jalan raya. Buat 'bikers' macam saya yang hanya ada kenderaan dua roda keluar mencari rezeki. Keselamatan harus diutamakan. 

Buat pemandu-pemandu kereta, sedarlah dan hormatlah 'bikers' macam saya. Jangan memandu ikut suka. Mentang-mentang anda tayar empat roda bukan bermakna anda boleh buli orang macam saya yang menunggang motorsikal ketempat kerja. Hormat dan utamakanlah kami bila memandu.

Pagi Jumaat seperti biasa saya memandu motor kesayangan saya ke tempat kerja. Sebaik sampai di jalan lama Melaka -Muar sebelum lampu isyarat Kandang. Di hadapan Kampung Tambak Sembelong telah berlaku satu kemalangan kecil antara motorsikal dengan sebuah kereta Alza.

Saya sampai sahaja, ambulans telah beredar dan kedua-dua kenderaan masih lagi disitu. Oleh kerana sikap ingin tahu dan simpati saya turun melihat keadaan dan mencari maklumat. Anak muda dari Sungai Rambai katanya yang berlanggar. Kereta orang kampung Tambak Sembelong. Keadaan penunggang motor cedera parah, patah kaki. Pemandu kereta steady sihat walafiat. Kesian sungguh. Simpati saya. Teringat keadaan diri yang selalu menggunakan jalan itu berulang alik mencari rezeki. 

Buat semua doakan saya selamat dunia dan akhirat. Isteri masih satu, anak-anak masih kecil. Jom kita layan gambar-gambar untuk iktibar dari sebuah kemalangan.

Driver kereta yang bebaju melayu berkain sarung di tiang elektrik. Steady.
Motor dari arah Kandang ke Melaka. Kereta ingin masuk ke Kampung.

Lekat bersatu

Tertonggeng ...terkulai

Eksos motor boleh tertusuk ke dalam cover lampur depan.


Selepas dipisahkan, didoakan supaya penunggang motor ini 
tidak begitu serius kecederaan. Sabar dan tabah hendaknya.

ii.
Merdeka Raya.
Lepas dari melihat dan mendapat berita dari kemalangan tersebut. Teruskan perjalanan ke sekolah. Alhamdulillah dapat tiba tepat masa. Kira 'ngam-ngam'. Penting tidak merah kad.

Kebetulan hari jumaat. Ada bacaan Yassin mingguan dan majlis merdeka raya. Selepas bacaan Yassin ada berzanji dan selawat. Lepas program ada jamuan raya dan sambuta hari jadi buat guru dan staff sekolah.

Ko orang layan jerlah gambar-gambar kat bawah. 

Ustaz Hatta Bakar memperdengarkan bacaan berzanji.
Suara Ustaz memang suara komersial.

Persembahan anak-anak murid.

Barisan Pentabir.
Menu hidangan...
 Kek..dari Muslimah Bakery

Licin...lapor bebenor gamaknya.

Ini bukan menu, zuhud cikgu nie. Nokia getah namanya.


Orait, tu jer lambat cerita dari saya.
Ila liqa'.
 

No comments:

Post a Comment