Assalamualaikum w.w
Salam ramadhan yang bakal tiba.
Just to share, today adalah hai terakhir bulan Sya'ban. Mengikut penngumuman yang telah dibuat esok jatuh satu ramadhan. Maka berpuasalah esok. Marhaban Ya Ramadan.
Sempena dengan kehadiran bulan Ramadan dan hari terakhir Sya'ban, sekali di tempat kerja saya mengadakan program sempena kedatang bulan Ramadan. Pihak Panatia yang berkaitan dengan subjek agama telah bergabung tenaga bagi menganjurkan program penutup bulan Sya'ban dan pelancaran Ihya' Ramadan.
Dengan kerja sama yang diberikan dan komitmen semua satu program yang meriah dan berjaya dapat diadakan dengan jayanya. Disamping program tersebut, telah dilancarkan juga buletin 'Cahaya Ramadan' dan tabung 'Infa' Ramadan'. Perasmian dan pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ridzuan bin Abd. Ghani (Ketua Unit Pengurusan Institusi
Pendidikan Agama (PIPA) Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran
Melaka )
Semua ini dibuat bagi mendidik anak-anak murid dan warga sekolah tentang bulan Ramadan yang penuh barakah, bulan yang 'teristimewa' dari bulan-bulan yang lain. Bulan Ibadah, bulan muhasabah.
Special thank's to :
1- 'Imam 2' GPK 2 ( Ustaz Saufi Yusof ) sekolah yang optimis untuk menjayakan program
2-' Imam 1' sekolah yang memberi kerja sama dan dorongan.
3- Dr. Basheer from Universiti Southampton, United Kingdom seponsor banting dan jamuan guru
4- Tetamu undangan ( perasmi program ) Tuan Hj. Ridzuan bin Abd. Ghani sudi hadir.
5- Ketua Panatia Diniah, Ustazah Normala Ahmad yang takut-takut tapi cemerlang.
6- Semua ustaz-ustazah yang memerah keringat dan tenaga.
7- Semua warga Sekolah yang memberi kerja sama. Moga terus diberkati.
8- Semua penyumbang dalam apa jua bentuk yang buat secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.
Terima kasih daun keladi, bantuan anda semua dihargai.
Tazkirah buat diri sendiri :
Firman Allah S.W.T :
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: 183)
Ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"
Fikir-fikirkanlah, selamat beribadah.
Orait, Adios!
MC Mantop, Ustaz Hatta Abu Bakar
Majlis diperdengarkan dengan bacaan ayat suci berkaitan puasa.
Tetamu perasmi diapit oleh 'Imam 1' dan 'Imam 2' sekolah.
Tuan Hj. Ridzuan bin Abd. Ghani berucap bagi merasmikan majlis
Gimik perasmian, ketuk ais. Buliten 'Cahaya Ramadan' dilancarkan.
Murid-murid berlumba memenuhkan tabung Infak Ramadahan
Imam 2 sekolah menerima watikah tadurs al-quran
Penuh sopan santun benor Cikgu Displin, Ustaz Aminuddin Samad. Macam salam penuh makrifat.
Ustazah Normala Ahmad, takut-takut tapi berani . Memang cemerlang ko ante!
Emmm, owner pun nak interperem juga.
Akhir majlis semua warga sekolah dapat bubur lambuk. Memang sodap.