Assalamualaikum w.w
Marhaban Ya Ramadan
Memang hidup kita penuh dengan ujian, Itu memang fitrah kejadian dan janji Allah. FirmanNYA : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3)
Anak-anak tahun 6, hari ini diadakan peperiksaan percubaan UPSR. Dijalankan serentak seluruh negeri Melaka. Didoakan moga berjaya. Jangan stress dan takut. Ujian hanya menguji kefahaman dan kesungguhan kita selama ini sebelum tiba hari yang sebenar. Kemudian dari ujian percubaan itu, perbaiki kelemahan demi kejayaan masa depan.
Sewajarnya apa yang kita perlu takut dan risau adalah ujian yang datang dari Allah. Adakah kita berjaya nanti masuk ke 'Asrama Penuh' ( syurga ) atau sebaliknya.
Orait, Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment