Thursday, 26 July 2012

:: Ramadan Bulan Ibadah ::

Dengan lafaz syukur, Alhamdulillah umur kita dipanjangkan Allah. Dapat berjumpa kembali bulan ramadan bagi tahun ini. Rasanya seperti baru sahaja ramadan berlalu. Itulah nikmat yang paling besar dan tidak ternilai harganya.

Bulan ramdan adalah bulan yang amat teristimewa bagi orang yang beriman. Ini kerana bulan ramadan tidak sama dengan bulan yang lain dalam setahun. Bulan yang penuh dengan rahmat,keampunan dan dijauhkan daripada azab api neraka.

Sabda Nabi yang biasa kita dengar apabila tiba bulan ramadan,"Ramadan, awalnya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada azab api neraka".

Sekiranya kita membaca hadis-hadis yang berkaitan dengan bulan ramadan pastinya kita tidak akan berlengah dan berdalih untuk beramal ibadah. Ini kerana amal ibadah yang dilakukan di dalam bulan ramadahan gajarannya tidak sama pada bulan-bulan biasa selain ramadan.

Jika dirujuk catatan ulamak muktabar di dalam kitab bab fekah ramadan, kita  akan dapati amalan sunat dibulan ramadan diangkat darjat pahalanya kepada pahala amalan sunat. Dan apatah lagi amalan wajib. Sudah pasti berlipat kali ganda ganjarnya. Hatta tidur dibulan ramadan mendapat pahala disisi Allah jua.

Lantaran itu, mengapa kita berlengah dan berdalih untuk melakukan ibadah. Tulisan ini untuk mengingatkan diri sendiri agar jadi insan yang tidak berdalih dan bertangguh untuk merebut 'offer ramadan' yang memang terbaik.

Bila membicarakan ibadah dibulan ramadan, bukan tertumpu kepada ibadah khusus seperti Solat, berzikir, membaca al-quran dan seumpamanya. Akan tetapi termasuk ibadah umum seperti apa yang kita lakukan didalam pekerjaan kita sebagai guru umpamanya. Apa yang kita buat atau kita sumbangkan kepada sekolah mahu pun anak-anak murid juga dikira ibadah disisi Allah dan punyai ganjaran yang dijanjikan di dalam bulan ramadan.

Saya mengingatkan diri sendiri, kekadang memang terasa juga bebanan tugas. Tetapi bila dipujuk hati lakukan kerana Allah bukan kerana lainnya. Biarlah amalan kerja dipandang 'tuan dilangit' daripada 'tuan dibumi'. Sememangnya CEO kita adalah Allah. Jadinya beribadah dan berkerja kerana Allah selain untuk kepuasan diri.

Bagi saya kiranya ada pahala disisi Allah apa yang saya lakukan, saya niatkan untuk anak-anak dan isteri tersayang. Mudah-mudah dipermudahkan urusan kehidupan mereka. Amin.
Sebelum menutup bingkisan ini saya ingatkan diri saya dengan satu sabda Nabi dari Ibnu Abbas ra. :"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Jika sekiranya umatku mengetahui segala (kebaikan) di bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan supaya sepanjang tahun itu menjadi Ramadhan, kerana semua kebaikan berkumpul di bulan Ramadhan, ketaatan mudah diterima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni dan syurga kepada mereka'".

No comments:

Post a Comment