Friday, 27 July 2012

:: Cerita Ramadan ::

Assalamualaikum w.w every one,

Thank's kepada sesiapa yang sudi baca my blog

Just to share what activities yang telah dijalankan ditempat saya mencari rezeki ( sekolah ). Bulan ramadan bulan ibadah. 

Lanjutan dari program pelancaran Ihya' Ramadan tempohari sebenarnya banyak program yang di susun bagi warga sekolah terutamanya anak-anak murid.  Antara program yang disusun ialah tadarus waktu pagi. Selain daripada itu waktu murid rehat tahap 1 dan tahap 2 dikumpulkan dan diisi dengan pelbagai program antaranya tayangan video, bicara feqah ramadan dan aktiviti yang berkaitan.

Satu pembaharuan di dalam program Panatia Dinniah bergabung dengan pelbagai panatia yang punyai kaitan dengan subjek agama. Boleh kata program ini dalam  peringkat percubaan dan pemantapan. Perlu penambah baikan pada masa-masa akan datang.Anak-anak murid terisi masanya dengan perkara yang berfaedah di bulan ramadan yang mulia.

Menyumbang yang termampu. Anak murid adalah harapan ummah masa depan. Bila depa masuk sekolah beraliran agama sudah pasti parents mengharapkan mereka terdidik dengan nilai-nilai agama. Memang menjadi cabaran juga kepada saya sebagai seorang ustaz. Masih belum mampu untuk menjadi murabbi yang baik.

Orait,
Adios.

Program pagi, tengah bersiap. Ambil 30 minit masa pertama  p 'n' p.












Murid yang masih belum boleh baca al-Quran, duduk di tapak perhimpunan dan dibimbing membaca Muqaddam.











Murid yang boleh baca al-Quran di bahagikan dalam kumpulan untuk bertadarus bersama guru pembimbing.











GPK satu turun tanah, duduk dalam kumpulan taddarus.












Waktu rehat berkumpul di 'dewa' kantin.Punyai program yang di susun.












Antaranya bicara Feqh Ramadan













Tayangan vedio yang punyai kaitan dengan ramadan.








No comments:

Post a Comment