Thursday, 12 July 2012

:: Helping Hands [ Solat Hajat Perdana Siri 2 ] ::

Assalamualaikum w.w

Jumpa lagi,
Alhamdulillah dapat jumpa lagi, panjang umur.
Ya Allah Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah usia kami pada bulan Syawal.

Kesempatan ini saya ingin bercerita tentang projek 'Helping Hands' yang telah saya sebutkan dalam poisting2 yang lalu. Dengan hampirnya waktu Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, Insya' Allah dengan ketentuan Allah jua saya  sekali lagi telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai penyelaras solat hajat perdana siri 2.

Insya' Allah akan di adakan pada hari Jumaat 12 Julai 2012, sekali dengan majlis menyambut Ramadhan. Jika tidak ada yang menghalang, izin dari Allah jua pihak jawatan kuasa bersetuju bagi menjemput team Darul Syifa' datang bagi menambah keberkatan majlis.

Biasalah bila mengerakkan sesuatu program, kewangan juga yang menjadi perkara utama. Kata-kata yang biasa kita dengar, " No Money, No Talk". Jadinya saya dengan berkat usaha team jawatan kuasa solat hajat siri 2 berusaha juga ingin menjayakan program ini.

Kami berusaha mencari dana dan sumber kewangan bagi menjayakan kewangan. Dengan niat bekerja itu ibadah dan demi mencari pahala buat bekalan di sana.

Moh kita sama-sama jayakan dan sumbangkan apa yang termampu.
Adios.

 Terima kasih kepada Tuan Haji Ali Haji Hashim atas kemuliaannya memasang khemah awal. Kami berakad 'sewa sedekah'. Didoakan murah rezeki dan panjang umur.

No comments:

Post a Comment