Thursday 26 January 2012

:: Toy Story ::

Assalamualaikum w.w

Demi keazaman yang telah ditanam, janji yang dibuat untuk tidak biarkan blog ini tidak berisi gagahkan juga kudrat untuk mengisi walau kesibukan duniawi yang tidak terperi. 

 Kalau ikutkan cerita ada sahaja bahan yang boleh dikongsi, tetapi dek kekangan masa akhirnya bahan dah tak 'hot' akhirnya tersimpan dalam kepala sahaja.

 Masih cerita tentang toy story. Mesti ada yang beranggapan dah slow down tak ada yang nak beli. Sesiapa yang beranggapan demikian maka salahlah ia. Walau pun yang dipaparkan di sini masih belum ada buyer. Tetapi secara pelahan-lahan ada yang datang rumah tengok dengan mata sendiri dan terus grap selain promosi bergerak by mulut akhirnya terjual tanpa sempat dipaparkan di sini. Alhamdulillah rezeki anak-anak.

 Saya hanya nak didik anak-anak tentang jaga barang dengan baik. Selain itu ajar dia orang nak get something yang lain kena usaha dari hasil barang-barang yang dia orang jaga. Dibawa saya paparkan beberapa yang telah sold.

 Sold

 Sold

 Orait, jangan lambat-lambat. 
Adios.

Thursday 19 January 2012

:: Lambat Cerita ::

Assalamualaikum w.w

Banyak benda juga nak cerita, tetapi kesibukan dunia tu yang asyik delay ajer. Hujung minggu lepas hingga today  beberapa news yang boleh dikongsikan tetapi sebab dan lambat nak cerita jadinya pilih beberapa jer yang boleh dikongsikan.

Peristiwa 1

Hari Sabtu 14hb Jan, sebelah pagi  I kena pergi sekolah sebab ada program 'Muafakatan' dengan Ibubapa pelajar tahun 6. Sebab i kena mengajar tahun 6, jadinya kenalah hadir. Lepas itu kena duduk depan hadapi soalan Ibubapa berkaitan pelajaran anak mereka. Memang terbaik! Tadah teliga jerlah.

Keseluruhnya positif. Moga ke'positif'an itu membuahkan hasil yang baik untuk sekolah, ibubapa, masyarakat dan juga negara. I biasalah. Dah nama Cikgu Agama, standartlah kena baca doa. Lain-lain tu ada juga stand up ulas dan memberi pandangan. I just share tentang satu buku karangan Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang telah dibaca tentang kecemerlangan anak-anak lahir dari kecemerlangan ibubapa. Boleh dapatkan buku tu di toko-toko buku berdekatan.

Buku yang saya sudah habis baca dan cukup menarik
 
Cerita-cerita lain dalam program 'Muafakatan' tak ada apa-apa menarik. Isu kecemerlangan anak-anak yang menjadi persoalan dan juga bujet ( dana ). Ada seorang derwaman derma RM3000 bagi mengerakkan program kecemerlangan anak-anak Tahun 6 selain derma kilat yang dipungut mendapat RM1200.00 lebih kurang. Selain sumbangan wajib dari parets RM50.00

Penyerahan Cek RM3000 sumbangan dermawan oleh Timb. YDP PIBG ( berbaju biru )

Ending program tu parents bersalam-salaman dengan cikgu-cikgu tanda muafakat yang termetri demi kecemerlangan anak-anak. Insya' Allah satu permulaan yang baik

Sebahagian parents yang cemerlang...Amin.

Sekian sahaja,
Khidmat pesanan masyarakat Info Sekolah is brought by Poksyeikh.blogsport.com


Peristiwa 2

Balik dari sekolah sebaik sahaja masuk ke jalan taman, satu kemalangan telah berlaku. Biasalahkan ingin tahu apa yang berlaku. Berhenti dan tanya pada satu brother yang dok ada kat situ. Sebab hairan juga berlaku diselekoh dan melanggar pagar rumah orang. Pemandu dah tak ada kat situ. Menambahkan persoalan.

 Selekoh yang dimaksudkan, Waja dah tak ber'waja' lagi.

Sejurus penyiasatan dan soala jawab dapatlah cerita sebenarnya. Rupanya, driver seorang perempuan bersama 2 orang anak. Baru mengambil anak-anak dari pusat jagaan yang ada di dalam taman I. Sebab jadi kemalangan itu ialah disebabkan gangguan anak-anak di dalam kereta. Anak Menganggunya di dalam kereta jadinya mungkin tak dapat kawal atau anak dah terkacau stereng kereta tu yang terbabas. Mujur tidak ada apa-apa kemalangan jiwa atau pun kecederaan. Tapi tak pasal-pasal tembok dan pagar jadi mangsa. Pulak tu rumah orang yang nak sambut raya 'Gong Xi Fat Cai' Faham-faham jerlah bisingnya.

 Hilang sudah ke'waja'an kereta ini

 Iktibar dari kejadian ini, memang tepatlah kerajaan menguatkuasaan pemakaian tali pinggang belakang bagi penumpang kereta pada tahun 2012. Demi keselamatan dalam kereta memang wajar. Pastikan anak-anak duduk dan memakai tali pinggang. Memang tidak biasa. Tapi jika dilatih dan dibiasakan. Insya' Allah akan jadi biasa. Demi keselamtan. Di negara-negara maju perkara ini menjadi amalan. I pernah memandu di Europe satu tempat duduk untuk satu penumpang. Isi bilangan keluarga lebih lima memang sudah tidak sesuai menggunakan kereta. Dia orang kan beli MPV atau seumpamanya. 

Close up
Di Malaysia, kekadang kita boleh lihat memandu sama-sama dengan baby di pangkuan atau anak-anak kecil di duduk di riba. Hairan dibuatnya. Tidak ada rasa bersalah. Memang wajar bebenor kalau pihak berkuasa benar-benar melakukan penguatkuasaan tentang pemakian tali pinggang belakang.

I petik dari laman sesawang JPJ : Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. Oleh itu berhati -hati dijalan raya. Pandu cermat jiwa selamat, kereta pun selamat.


Sekian sahaja,
Khidmat pesanan masyarakat Keselamatan Jalan Raya is brought by Poksyeikh.blogsport.com


Tu jerlah cerita lambat dari saya
Adios

Friday 13 January 2012

:: Everyone Can Buy ::

Assalamualaikum w.w

Orait now I nak story my toys yang nak dijual dan telah dijual. Alhamdulillah yang telah dijual mendapat feedback yang baik. Boleh baca diruangan Comment di bawah. Depa berpuas hati. Dan masih ada lagi yang belum dijual. I dah kata kalau tak grab rugi sebab memang murah gileeer dan yang penting education toy yang membantu dan merangsang fikiran dan otak anak-anak anda.

I upload lagi gambar toys yang nak dijual. Rebut peluang jangan ketinggalan
Malas nak cerita banyak...my word is Everyone can buy, Lowest price, Good condition.
Thank you
Babai.

 Bob Puzzle26  RM25.00

Puzzle Thomas27 RM 20.00

First Alphabet28 RM 20.00 Sold

ChadValley29 RM20.00 Sold

Wooden ABC30 RM18.00

Thursday 12 January 2012

:: Morning Story ::

Assalamualaikum w.w

Good morning cikgu
Good morning murid-murid
Good Moring Malaysia

Minggu sekolah dah masuk minggu ke 2. Murid-murid dah mula menyesuaikan diri dengan sesi persekolahan 2012 yang baru. Terutamanya murid baru Tahun Satu yang sudah mula 'sekolah betul-betul'. Bukan sekolah main-main, atau sekolah 'makan-makan'.

Murid tahun satu disekolah saya 4 kelas. Itu pun ramai yang ditolak permohonannya. Sebab dah ramai dan bilik kelas yang ada tidak dapat menampung. Lately, sekolah beraliran agama mendapat sambutan. Bayangkan untuk tahun 2013 dah tutup permohonan. Dah penuh. Alhamdulillah.

Kalau dulu-dulu, sekolah agama nie orang tak pandang. Sampai orang kata sekolah agama nanti bila besar susah nak cari makan. Dan sekolah agama nanti nak jadi ustaz ke?. Pelbagai persepsi dan tanggapan diletakkan pada sekolah agama.

Lately bila isu-isu sosial, kebejatan akhlak yang 'terlampau' akhirnya manusia mencari agama  untuk jalan penyelesaian.Baguslah tu.

Ditambah pula goverment kita dah mula mengambil sekolah-sekolah agama bagi penambahbaikan. Semangkin tinggi keyakinan parent untuk hantar anak ke sekolah beraliran agama.

Disaat suasana yang berkembang pesat dengan pelbagai cabaran yang positif dan negatif agamalah Islamlah sebaik-baik rujukan penyelesaian dan benteng diri pada anak-anak dalam melayari kehidupan.

Moga sekolah aliran agama terus maju dan sukses. Move Forward. 
Orait, Adios. [ srajp. 12/01/12. 9.55 pagi ]

 Murid tahun satu

Kejar  kucing yer Cikgu S...?

:: Lagi-Lagi Jual ::

Assalamualaikum w.w

Maaf ler saper yang tunggu lama bilalah saya nak upload gambar toys yang baru. Maaflah yer dahulu dipinta. Lately nie agak sibuk sikit. Sekolah dah buka, faham-faham jerlah.

Tugasan di tempat kerja pula dah mula dapat sikit-sikit. Maka dengan itu tugasan yang diamanahkan sudah tentu kena jalankan sebaik yang mungkin. Macam iklan kopi janda tu, 'bukan nak mengoda, cuma nak berniaga' so bagi saya pula, 'bukan ada apa-apa, cuma nak kejar pahala'. Yang lainnya kita serah pada Allah.  Pentingnya SKT di sisi Allah tinggi dan mendapat 'award' yang setimpal pada kehidupan di sana.

Orait, pilih jangan tak pilih mainan di bawah. Nak puas hati ada few fitback comment dibawah.
Adios


  
JigsawABC21 RM15.00 Sold


Jigsaw12322 RM15.00 Sold
  
 Puzzle Vehicle23 RM15.00 Sold

 Puzzle Vehicle24 RM15.00 Sold

 Wooden Match25 RM18.00

Note : Mainan  PuzzleVehicle 23 dan 24 masih good condition dan berfungsi dengan elok, hanya kota sahaja tak ada. Harap maklum

Sunday 8 January 2012

:: Alhamdulillah ::

Assalamualaikum w.w

 First, Syukur Alhamdulillah apa yang dihajatkan dan di'upload'kan telah terjual. Hari tu dah kata, bukan 'cobaan' ( baca : main-main ) tetapi betul-betul punya.

Bagi yang terlepas jangan sedih jangan susah hati, lihatlah gambar di bawah anak dara saya tengah sibuk mengemas dan tampal pelekat harga mana yang dia rasa tak nak main lagi.

Steady adik, moga target kita tecapai. Amin


Sabar dan selamat menunggu. 
Adios

Friday 6 January 2012

:: Lagi Jualan ::

Assalamualaikum w.w

 Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik. Jadi saya uploadkan lagi  toys yang nak dijual.

Selamat membeli. Bye.

 Puzzle Thomas16 RM25.00 Sold
   
Bob Build17 RM18.00 Sold

Teletubbies18 RM18.00 Sold
  
Felt Bob19 RM15.00 Sold

Puzzle Thomas20 RM18.00 Sold

Wednesday 4 January 2012

:: First Day School 2012 ::

Assalamualaikum w.w

Good Morning Teacher, Good Morning everyone.

Today, Hari perrtama sekolah. Bagi parents dah mula 'busy' kembali. Early Morning dah kena bangun siapakan apa yang perlu.

Anak-anak, no more bangun lambat, no more game 'angry bird' after breakfeast. Wake up early bersiap nak ke Sekolah. Don't be late sampai ke Sekolah, ok!.

Buat All cikgu welcome back to school. Bersedia jerlah dengan perangai  'anak-anak' kita di Sekolah. Harap-harap no more jerit-jerit. No more main kejar-kejar  cari 'anak-anak' always ke toilet. Dan sebagainya.

Di kesempatan ini saya mengajak diri dan semua, mari kita sama-sama kita buat 'trasformasi diri' pada 2012.

Adios.

 Serba baru, Moga sampai hujung tahun putih tu.

Sebahagian parent yang prihatin. Amin.

Selamat pagi cikgu, Selamat pagi Cikgu Displin

Bukti, First day dah dapat  'relief '

Mc perhimpunan ringkas pagi ini.

Selamat pagi cikgi-cikgi

Tuesday 3 January 2012

:: Jual- Jual Lagi ::

Assalamualaikum w.w

Alhamdulillah niat kami nak kosongkan ruang rumah semacam termakbul. Disamping ingin berkongsi dengan kawan-kawan.

Tentang toy's tu. Saya dan wife mmg jaga elok. Sebab tu kami kata 'like new'. Anak main bersistem. Lepas main kemas dan simpan balik. Kemudian kami akan buat  checking mengikut kelapangan. Thats why masih elok dan cukup sifat.

Satu lagi semua toy's tu dalam Bahasa Inggeris seperti Match Card, Alphabet Match Up dan sebagainya. Menyahut seruan Kementerian Pelajaraan Malaysia tahun ini sudah mula pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Jadinya, 'education toy' boleh jadi BBM ( Bahan Bantu Mengajar ) di rumah.

Ok, more 'toys' kat bawah nak jual.

 Selamat membeli.

 Felt Farm11 RM18.00 Sold

PoohABC12 RM15.00 Sold

Puzzle Vehicle13 RM20.00  Sold

WodenELC14 RM18.00 Sold


Puzzle Colours15 RM15.00 Sold

Sunday 1 January 2012

:: Jual Lagi ::

Assalamualaikum w.w

Seperti yang dikatakan sebelum ini, more toys nak jual just to kosongkan ruang. Jangan tak rebut memang mahal kalau beli baru di luar. Mainan ini 'like new' masih dalam kotak dan cukup sifat. Bukan 'cobaan atau mainan' Ini betul-betul punya.

Jangan lepaskan peluang.

 Bob06 RM 18.00 Sold

Bob07 RM18.00 Sold

 Thomas08 RM15.00 Sold
  
 Match09 RM20.00 Sold

 Number10 RM 18.00 Sold

:: 2012 ::

Assalamualaikum w.w

Happy new year. 2012 datang 2011 berlalu pergi.
     
Biasanya bila bercakap tentang tahun baru 2012 orang akan memperkatakan  tentang azzam baru, target dan misi tahun baru bagi sebuah pencapaian yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Tidak terlepas juga saya, tapi apa-apa pun saya suka meletak satu hadis Nabi sebagai asasnya dalam kita menjalankan azzan baru, target dan sebagainya. Maksud sabda Nabi itu ialah : Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:  " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu ".

Ini asasnya, sebab itu kedudukan hadis ini Ulamak Mukatabar meletakkan kedudukan hadis ini paling hadapan, paling awal dalam penulisan kitab. 

Dan iktibar yang boleh di ambil dari maksud sabda Nabi Junjungan bagi melayari 2012 ialah Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
  
Kita berhijrah dari 2011 ke 2012, hijrahkan azzam serta misi yang belum terlaksana atau yang baru kerana Allah. Moga hijrah kita dari baik kepada baik 'bangat'. Dari baik 'bangat' kepada yang terbaik.

كل عام وأنتم بخير