Monday 16 September 2013

:: Aku Bukan Nabi ::

Assalamualaikum w.w

Salam kembali,

Aku bukan Nabi diuji begini,
Hanya insan hina mencari redha Ilahi,
Cuba berbakti ikut kemampuan diri,

Aku bukan Nabi diuji begini
Ingin menjadi penghubung dalam berbakti
Sebagai bekalan ukhrowi

Aku bukan Nabi diuji begini
Walau dengan hanya kata-kata sindiran yang sakit hati
Walau aku tahu Nabi lebih dari itu diuji

Aku bukan Nabi diuji begini
Walau hanya dengan gerak geri yang terasa dihati
Walau aku tahu Nabi diuji sampai patah gigi

Tolonglah aku Ya, Ilahi.
[poksyeikh@srajp/1157 AM/ Ramdhan 1434]


Luahan hati di atas sebenarnya telah lama saya simpan dalam smartphone. Saya buat sewaktu ramadhan 1434 yang lalu. Terluah dan terlakar apabila diuji sewaktu mengurus satu program yang telah diamanahkan.

Tidak payahlah saya sebut program apa dan di mana. Apa yang penting, program itu berjaya dan mendapat sambutan yang baik. Kali pertama dibuat dan terlaksana. Alhamdulillah.

Thank's Allah.
See u
Tq

Sunday 15 September 2013

:: Kembali ::

Assalamualaikum w.w

Salam kembali,
Salam bersua,
Salam Hari Malaysia,
Salam berhujung minggu.

i. 
Kembali, Ya! saya kembali dalam dunia penulisan blog yang telah saya tinggalkan hampir 9 bulan. Saya tidak mahu memberi alasan. Jika diberi sedikit ruang alasan, suka saya memberitahu bahawa di awal tahun 2013 saya telah diberi amanah menjadi admin portal sekolah. 

Lataran itu, saya memberikan fokus yang terlebih, hingga saya terpaksa korbankan kasih dan cinta saya pada blog saya ini. Kini setelah urusan di portal sekolah selesai, saya kembali. Yes!, I'am back.

ii.
Yes, I'am back. Kini saya kembali menjadi mahasiswa. Dengan izin Allah saya mendaftarkan diri sebagai pelajar siswazah secara rasmi pada 19 September 2013. Sem 1 2013/2014. Perjalanan sebagai pelajar master bermula.

Saya pohon doa moga urusan belajar dan research saya berjalan dengan mudah. Diberi oleh Ilahi kemudahan, kefahaman dan curahan idea di dalam membuat kajian, rumusan dan tulisan. Ku memohon padaMU Ya Ilahi.

Jumpa lagi.