Monday 31 December 2012

:: Di Ambang 2013 ::

Assalamualaikum w.w

Salam hujung cuti,
Salam mesyuarat sekolah memanjang,
Salam sesi persekolahan 2013 bakal bermula,
Salam selamat buat semua.

Diam tak diam, cuti akhir penggal persekolahan hampir tiba dipenghujung. Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainnya. 2013 bakal tiba, menyingsing fajarnya. Moga Dengan kedatangan tahun baru 2013 membawa keberkartan, kemurahan rezeki buat kita semua. Bukan setakat rezeki duit, tetapi rezeki sihat, rezeki anak, rezeki kejayaan dalam pelajaran, rezeki naik pangkat dalam kerjaya. Rezeki yang baik-baik buat kita semua.

Pastinya yang berkeluarga, mempunyai anak yang pertama kali masuk alam persekolahan sibuk menguruskan hal berkaitan. Bagi yang sudah 'berderet' anak-anak di alam persekolahan pastinya pening mengurus budjet bagi melengkapkan keperluan dan kelengkapan sekolah. Inilah namanya tanggung jawab. Macam mana dulu ayah dan ibu kita pening menguruskan kita. Hari ini kita laluinya sendiri.

Saya sendiri merasai kepeningan itu. Walau pun tidak 'berderet' anak yang memasuki alam persekolahan tetapi terasa juga kepeningannya. Sebagai bapa sebolehnya ingin menyediakan yang secukupnya. Walau pun bujet kecil, tetapi demi anak-anak yang ingin belajar. Diusahakan juga keperluan dan kelengkapan sekolah. Suasana dan keadaan berbeza dan berubah. Kekadang tidak sampai hati juga, menyediakan buat sekadarnya. Beli yang mana perlu dan pakai yang lana. Tapi yang lama pun dah uzur, singkat dan ketat seperti baju sebagai contoh. Kena beli juga yang baru. Demi anak-anak. Demi memberi semangat untuk anak-anak.

Buat anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan atau yang sudah berada di alam persekolahan. Lihat dan renung-renungkanlah kesungguhan ayah dan ibu dalam menyediakan kelengkapan persekolahan. Mereka tidak berkira dan banyak alasan apa yang anak-anak pinta. Segalanya kalau boleh diturutkan. Sebolehnya tidak mahu mengecewakan permintaan anak-anak. 

Jadinya, kamu sebagai anak-anak janganlah 'berkira-kira' pula dengan ibu dan ayah. Balas jasa baik mereka dengan usaha yang bersungguh. Jangan banyak dalik dan alasan. Buktikan dengan kesungguhan dan kesanggupan kamu untuk memberikan kejayaan sebagai balasan. Biar berbaloi apa yang ibu dan ayah laburkan. Jangan kecewakan harapan mereka.

Buat ibu dan bapa seperti saya, segalanya kita sudah usahakan doakanlah anak-anak kita moga menjadi anak dan mendapat apa yang kita harapkan. Tetapi janganlah 'terover'. Nanti kita yang kecewa. Segalanya kita sandarkan kepada Ilahi jua. Dia yang menjaga hati-hati dan pergerakan anak-anak kita. Titipkan doa tiap hari buat anak-anak kita. Moga berjaya di dunia dan akhirat. Paling penting jadi muslim yang beriman sejati dan anak yang soleh bisa membahagiakan kita kelak.

Sekian sekadarnya coretan di ambang tahun 2013
Sambutlah tahun baru 2013 dengan penuh syariat.
Biarlah apa yang kita buat dalam menyambut tahun baru 2013 'shariah compliant' 
Jumpa lagi. Terima kasih

Sunday 16 December 2012

:: Seminar ::

Assalamualaikum w.w

Salam dihujung cuti,
Salam tunggu gaji,
Salam selamat semuanya.

Diam tak diam, hampir tiba dipenghujung cuti persekolahan. Bagi ibubapa yang punyai anak yang mula masuk persekolahan sesi 2013 dan yang anak sudah sedia bersekolah, sudah mula berkira-kira membuat budjet dan masa untuk belanja barang keperluan dan kelengkapan sekolah. Hanya tunggu gaji masuk mungkinnya. hee..hee

Alhamdulillah juga cuti yang panjang dapat dimenafaatkan menyelesaikan beberapa kerja yang tertangguh dan belum diselesaikan. Inilah peluangnya bagi menguruskan segala-gala kerja yang tertangguh sekian lama, sebelum sesi persekolahan baru bermula.

Disamping itu juga, menimba ilmu diruang masa yang terluang. Alhamdulillah cuti ini saya dapat mengikut satu seminar yang amat berguna dan berilmu. Saya dapat mengikuti 'Seminar Penulisan Islami' bertempat di Auditorium Canselori, UTeM pada tarikh yang orang dok sibuk bangat iaitu 121212 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Penyampai bagi seminar sehari ini adalah dikalangan orang yang hebat-hebat belaka dalam dunia penulisan Islami. Penyampai sesi pagi ialah Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Manakala pada sesi kedua ( petang ) seorang yang selalu keluar di kaca TV dan sudah mempunyai 9 buah buku di pasaran, iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pemilik laman web saifulislam.com. Biodata dan latar belakang saya sertakan dalam gambar pamplet di bawah.

Penyertaan dihadkan kepada 150 orang. Alhamdulillah saya mendapat tempat setelah ditempah awal oleh teman hidup sepanjang hayat. Perserta terdiri dari latar belakang yang pelbagai. Ada dikalangan profesor, Dr, kakitangan dan para pelajar UTeM. Sememangya bermenafaat. Banyak ilmu yang dapat ditimba dari kedua-dua penceramah.

Ustaz Pahrol banyak melontarkan metafora, analogi dan tamsilan ( saya akan kongsikan dalam entry yang lain). Ustaz Hasrizal pula lebih kepada penyampaian teknikal dalam penulisan. Rasanya sehari berseminar tak puas dan tak cukup. Kalau boleh ingin berguru sehabis mungkin. Ingin serap semua yang boleh, sehingga boleh jadi macam mereka berdua. Hebat dalam jihad penulisan.

Sekadarnya perkongsian saya, saya akan kongsikan isi-isi seminar yang sempat saya catat buat perkongsian bersama. Moga beroleh menafaat.
Sekian seadanya.

Latar Belakang Penceramah

Ketika mula bicara

Dapat bertemu mata akhirnya

Ustaz Hasrizal kawan lama. Beliau bermula dari bawah.


Saturday 15 December 2012

:: Kemas ::

Assalamualaikum w.w

Salam musim durian,
Salam 121212,
Salam 1234,
Salam selamat buat semua dimusim cuti.

Tangguh...tangguh, memang tidak menjadi. Gagahkan jua mengisi blog ini. Sewaktu orang dok kecoh  dan sibuk tarikh 121212 saya tengah berprogram di UTeM dalam satu seminar berbayar. Nanti saya akan cerita dalam entry yang lain. Sibuk 121212 tetapi orang lupa tarikh islam yang sama cantik dan jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari adalah 1234. Ini kerana orang ramai telah dibiasa dan dibiasakan dengan tarikh masehi. Lupa tarikh hijriah yang dahulu gemilang dan terbilang.

Ingatkan pada tarikh 1234 itu nak isi blog ambil semangat tidak kesampaian juga. Tertangguh juga, sebab komputer masalah, temu janji, hand phone tidak boleh transfer gambar, penyudahnya tertangguh akhirnya. Pagi ini sabtu barulah dapat diselesaikan masalah komputer dan hand phone. Ini sebab ada gambar dalam hand phone yang perlu di muat naik dalam entry ini.

Sebulm tarikh 1234, khamis pergi ke sekolah setelah mendapat sms kena kemas staff room sebab tahun ini cikgu lelaki kena bergabung duduk satu bilik dengan staff room cikgu perempuan. Ini kerana ada pertambahan murid dan staff room lelaki yang sedia ada adalah makmal komputer yang mana peruntukkan komputer akan sampai.

Alhamdulillah selesai juga mengemas, angkat mengangkat. Mujur ada seorang cikgu kebetulan datang punya tugasan yang lain. Minta bantuan dia untuk angkat barang yang berat. Terima kasih cikgu. Semangat tahun baru 2013. Cikgu lelaki dapat meja baru. Moga segala-galanya baru. Semangat baru, cara kerja baru, hati baru. Niat baru. Apa-apa pun barulah. Layan gambar di bawah.

Bila sudah duduk satu bilik dengan kapisti lebih kurang 52 cikgu, kena 'adjust' agar nampak kemas dan luas bilik. Itu yang main tindih-tindih.














'Pantry' poksyeikh siap disusun. 2013 akan ada benda baru diletakkan. 











Meja kerja poksyeik siap. Meja baru. Moga segala-galanya baru. Semangat baru, hati baru, cara kerja baru. Niat baru. Azam baru. Barulah namanya baru.










Suasana dari pintu masuk utama cikgu lelaki.












Ini gambar tempat berjumpa kekasih hati ( ALLAH ). Alhamdulillah Pak Sahak membantu mengemas dan memaku 'pangar canggih' agar kemas dan tidak tumbang.









Belakang surau dan stor pun dah clear. Pak Sahak memang terbaik. Tengok usia dan fizikal memang berusia. Tetapi kudrat memang terbaik. Berkat hidup Insya' Allah.
















Ok, tu jer, Buat cikgu-cikgu yang masih bercuti, teruskan cuti anda.
Tapi buat warga SRAJP, cari masa datang mengemas.
Ok, Jumpa lagi
Adios.

Thursday 22 November 2012

:: [ Promosi ] Muslimah Bakery ::

Assalamualaikum w.w

Salam keamanan,
Salam kedamaian.
Alhamdulillah hari ini gencatan senjata dipersetujui antara Palestine dan Israel.

Kali ini saya nak promosi sebuah kedai muslim yang buat bakery. Selalu kedai bakery ini, kebanyakkan dimiliki oleh non muslim. Ambil sijil halal. Kekadang pekerja dikalangan non muslim juga. Faham-faham ajerlah yer. Walau pun sijil halal ada, tetapi jalan menuju halal kena tengok juga. Kalau dan non muslim yang buat. Suci lagi baik ada ke?. Jawab sendirilah.

Jadinya di sini saya nak promosikan satu kedai yang menjadi alternatif buat kita bila nak makan pelbagai  roti, kek dan sebagainya. Roti pelbagai rasa, Kek pelbagai citra rasa dengan pelbagai design untuk pelbagai majlis pun ada. Boleh diuruskan oleh pihak kedai. 

Saya sekarang Alhamdulillah setakat ini dah tak beli dah ke kedai non muslim, apa-apa nak beli kek dan sebagainya order dengan kedai kek ini. Muslimah Bakery namanya. Dibangunkan dan dipunyai oleh sepasang suami isteri yang sepenuh masa menguruskan kedai ini. Buat juga jualan luar di pasar tani berdekatan dan di hyper market bagi tujuan promosi dan marketing.

Saya sertakan gambar dan sedikit keterangan, layan.
                 
No. 41, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 
75050 Melaka.

Cuba, try, test..baru tahu.

Owner : Salina Daud 019-667 8468


Orait, harap pengujung blog poksyeikh dapat sebar-sebarkan.  Produknya dijamin halal dan sedap.
See u, 
Babai,
Adios!

Wednesday 21 November 2012

:: [ Kreatif ] Stupid Israel ::


Assalamualaikum w.w

Salam jahanam Israel
Salam doa dipanjat buat Palestin.
Hancur...hancur...hancur Israel [ baca 3 x ]

Bagi orang yang mengikuti perkembangan dunia luar, tentunya kini akan merasa sedih, hiba, kesian dan geram terhadap apa yang berlaku ke atas bumi Palestin. Bumi barakah, kiblat pertama bagi ummat Islam. Entah sampai bila Palestin akan ditindas dan didera. Saban hari dan saban tahun pastinya ada rakyat Palestin yang di tindas dan di dera. Hingga membawa kepada kematian yang tidak bersebab.

Bangsa Yahudi memang jahat. Sebab itu orang melayu kata, jahat macam Yahudi. Dera, seksa, roboh rumah, bunuh dan sebagainya memang amalan mereka. Bangsa Yahudi sejak dahulu lagi memang jahat.  Kalau orang awam Palestin di bunuh masa ini amalan biasa dan tidak hairan bagi mereka. Sebab Nabi-nabi utusan Allah pun mereka sanggup bunuh apatah orang awam selain nabi. Bagi mereka, apa aku kisah!.

Alhamdulillah, hasil dari penceritaan dan melawat booth pameran save Gaza sewaktu bercuti sambil menghantar Umminya melawat pelajar praktikal, anak-anak menggunakan kreativitinya melahirkan kefahaman dan kemarahannya terhadap kekejaman dan kejahatan Israel.

Syukur, mereka juga cuba menjiwai dan memahami rakan sebaya mereka yang ditindas dan didera di Palestin. Buat pengunjung poksyeikh, jangan lupa panjantkan doa selepas setiap kali solat. Nabi berpesan, bukan dari ummatnya sekira tidak mengambil hirau dan peduli nasib saudaranya.

Pernyataan tegas dari poksyeikh sekeluarga, kami mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan penindasan ke atas penduduk Palestin yang tidak berdosa. Jangan percaya pada Yahudi, jangan percaya pada sekutunya Amerika, Britain dan yang lainnya.

Hancur...hancur...hancur Israel [ baca 3 x ]
Jumpa lagi.
Ila liqa'



Tuesday 20 November 2012

:: Keputusan SIA / UPSR ::

Assalamualaikum w.w

Salam musim tengkujuh
Salam hujan memanjang.
MITC banjir, Apa cerr?

Seperti yang saya tuliskan dalam entry yang lepas, akan cerita tentang result exam di sekolah saya. Jadinya, di sini saya kongsikan keputusan 2 exam besar yang telah berlangsung pada sesi pembelajaran 2012. 

i. SIA [ Sijil Ibtida'iah Arabiah ]
Saya bicarakan ini dulu sebab keputusannya keluar dahulu sebelum cuti persekolahan melabuh tirainya. Alhamdulillah keputusan walau pun tidak seperti apa yang diharapkan. Tetapi  mengikut keputusan rasmi, mendapat kedudukan 2 terbaik dalam SABK negeri Melaka. Tahun sudah sekolah mendapat pelajar terbaik keseluruhan. Tidak ada rezeki untuk mengekalkan rekod.

Tahun ini hanya 3 orang yang mendapat straight  6A. Manakala 11 orang mumtaz. Mengikut keputusan rasmi yang tertera atas kertas hanya seorang sahaja gagal dari 96 calon. 3 Orang yang mendapat straight 6A telah di panggil ke Majlis pengumuman keputusan di Dewan Masjid Al-Azim. Dihadiri oleh Y.B. Datuk Hj Yaakub bin Md Amin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Islam serta Pengarah dan para pegawai JAIM.

Tahniah...tahniah buat yang berjaya. Buat anak-anak murid yang gagal terutama kelas hujung, banyakkan muhasabah. Puas sudahku me'hijau'kan (hulk) diri untuk mereka berjaya Tidak berjaya di sini kamu akan berjaya di masa hadapan. Amin.

ii. UPSR

Tahun ini pelik sedikit, keputusan UPSR lewat. Keputusan diumumkan sewaktu cuti sekolah. Lewat seminggu sesudah tirai cuti persekolahan dilabuhkan tirainya.

Banyak khabar-khabar angin mengapa keputusan lambat dikeluarkan. Pelbagai berita yang tidak dipastikan kebenarannya atas keterlewatan keputusan UPSR ini.  Saya malas nak layan dan dengar. Dengar sahajalah kenyataan rasmi dari pihak yang bertanggungjawab.

Dan akhirnya, 19hb Nov 2012 keputusan keluar. Waktu cuti. Hasil dari calling-calling dan ber'sms' dapat juga keputusan rasmi sekolah. 6 orang mendapat 5A dan 6 4A 1B. Lain-lainnya tidak diketahui. Tunggu juga dari portal sekolah. Belum di muat naik lagi berita. 

Buat yang berjaya tahniah.
Buat yang anak-anak murid yang kurang bernasib baik, ini bukan berakhir segala-galanya.
Jadikan kegagalan pembakar semangat di masa hadapan.

Ok tu jer berita tentag keputusan.
Jumpa lagi dalam cerita 'long journey' sempena cuti sekolah.

Adios!





Monday 19 November 2012

:: 1434 H ::

Assalamualaikum w.w

Salam cuti panjang.
Salam bercuti yang sedang bercuti.

i. Selamat Tahun Baru Hijrah, 1434
Rasanya belum terlambat mengucapkan selamat tahun baru hijrah buat semua pengunjung setia poksyeikh. Saya hargainya. Maaf tidak kesempatan mengucapkan  selamat seawal 1 Muharram. Ini kerana awal muharram saya berada di luar kawasan. Menjadi 'driver' wife menyelia pelajar praktikal. Cerita akan menyusul. Menyelam sambil minum air.


iii. Keputusan UPSR
Today, hari-hari yang ditunggu-tunggu. Keputusan rasmi UPSR keluar. Saya ucapkan selamat berjaya buat semua murid-murid sekolah saya. Bagi yang kurang bernasib baik, ini bukan noktah buat segala-galanya.
Keputusan penuh akan menyusul juga.
 

Catatan pendek dari saya,
Jumpa lagi.
Tq

Sunday 11 November 2012

:: Cuti-cuti Sekolah ::

Assalamualaikum w.w

Bukan cuti-cuti Malaysia
Cuti-cuti sekolah
Selamat bercuti buat semua warga pendidik.
Tahun ini cuti awal sikit dari kebiasaan.


Bercerita tentang cuti bagi yang berkerja memang menyeronokkan. Cuti siapa yang tak mahu. Tidak perlu MC, tidak perlu mohon CRK, tidak perlu bangun awal pagi. Tidak perlu terkejar masa untuk punch card. Bukan sahaja murid, cikgu-cikgu tumpang gembira bila cuti menjelma. Kalau tidak asyik bertanya, " Ehh! bulan nie kita ada cuti umum apa, cuti peristiwa ada tak "?.  Hee...heee..

Peluang bercuti harus di menafaatkan sebaiknya. Perlu ada perancangan. agar cuti tidak tersia-sia. Bagi memang teruja juga. Setelagh 4 tahun tak merasa nikmat cuti panjang penggal persekolahan. Bagilah peluang cikgu-cikgu berehat. Setelah mengadap karenah anak murid yang pelbagai. 

Umumnya, mengetahui bila cuti panjang, ibubapa dah mula risau dan rungsing. Terlebih lagi sekiranya ibubapa yang kedua-duanya berkerja. Apa yang harus dibuat oleh anak-anak waku cuti bergini.

Kali ini, ibubapa take overlah pula yer. Usah pening-pening bu...bapak. Fikirkan bersama. Rancang bersama apa yang harus dilakukan bila anak-anak bercuti. Biar cuti anak-anak bermenafaat. 

Buat warga pendidik, selamat bercuti. Rehat-rehatkan minda.
Tunggu sesi pembelajaran 2013 dengan minda fresh.

Selamat semuanya.
Jumpa lagi
Babai.

Thursday 8 November 2012

:: Cerita Pendek [ Conference ] ::

Assalamualaikum w.w

Salam cuti sekolah...hee...hee
Maklumlah cuti panjang tidak lama lagi.

Orait, selalu asyik cerita dan buat entry tentang berita sekolah. Sudah macam jadi blog rasmi sekolah dibuatnya. Kali ini saya cerita tentang diri ini. Just to share kepada yang sudi membaca. Setiap orang sudah pasti ada cerita sendiri. Dan mungkin sedang dan akan melakukan anjakan perubahan pendidikan, kerjaya, keluarga dan seterusnya. Live is what you give. Saya cuba pendek-pendekkan cerita. Takut nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri.

i.
Sedia maklum my profil ada cerita yang mana saya sedang menyambung pengajian dan suka long life learning. Itu memang menjadi tuntutan agama. Belajar adalah tuntutan agama. 

ii.
Alhamdulillah pada 23hb Okt lepas secara rasmi telah tamat pengajian. Sudah melalui graduation day. Scrol pun sudah di tangan. Alhamdulillah. Mula daftar sesi Jun 2008/2009. Sepanjang pengajian jangan cakap. Belajar dalam pada yang sama menjadi suami, ayah dan guru. Sememangnya memang mencabar. Tetapi no pain no gain. It means that there is never an easy way out. if you want to fulfill your dreams you are going to have to deal with the speedbumps along the way. if you're not willing to go through the pain, then you're not going to gain anything. So, faham-faham jerlah susah payahnya. Tapi kini Alhamdulillah.

iii.
Alhamdulillah projek akhir pengajian saya ( latihan ilmiah ) pensyarah jadikan paper untuk dibentang di seminar hasil penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi siri 2/2012. Thank's a lot to my pensyarah Ustaz ( Dr. ) Faisal Asha'ari. Jasamu tersemat di dalam hati.

Dan beliau buka jalan saya untuk kembangkan ke peringkat Master. Sememangnya punyai attention untuk sambung pengajian selagi kudrat dan kewangan mengizinkan. Buat pembakar semangat untuk anak-anakku  yang masih kecil  bertatih dalam pelajaran.

iv.
Jadinya today saya menghadiri conference yang telah diadakan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi ( AKEP yang terletak di Bandar Estek, Nilai. Seram sejuk juga nak pergi. Maklumlah nama tempat pun dah dapat membanyangkan siapa yang menyertai seminar.

Tetapi hasil nasihat zaujah, cuba untuk explore dan cari pengalaman. Zaujah dah sampai tempat itu. Jadinya dia tahu suasana dan keadaan di situ. Pastinya para Dr., Prof. Madya dan Profesor join membuat pembentangan atau mendengar pembentangan  mencari bahan maklumat dan kajian.

Akhirnya saya sampai dan saya redah dengan kata-kata, apa aku kisah?...hee..hee, yang penting ilmu dan pengalaman. 

Jom layan gambar-gambar di bawah.

 Tempat baru..

Cantik dan punyai pelbagai kemudahan

Banting maklumat

That my handsome lecturer and me

I like

Goodies yang dapat, look my name ada u...hee...hee


Oklah tu jer,
Tak nak panjang-panjang, karang riak dan bangga diri. Susah juga. Semua tu nak dijaga. Buat demi Allah yang aulanya, yang lain mengikut. Barulah dapat apa yang diniat dan dihajatkan.

Orait, Adios!





Tuesday 6 November 2012

:: 3 Hari 2 Malam [ Penutup ] ::

Assalamualaikum w.w

Cerita terakhir tentang camping, majlis penutup sebelum peserta pulang ke rumah masing-masing. Memang ler pagi para peserta riang ceria. Maklumlah dah 3 hari tak jumpa emak ayah. Dah ler sentuhan qalbu cerita kasih sayang emak ayah. Cerita tentang kiranya mereka mati meninggalkan anak-anak. Meraung para peserta dibuatnya.

Sebelum balik, buat kerahan tenaga. Bahagikan mengikut kumpulan. Buat kerja-kerja pembersihan dan kemas mengemas kawasan dan tempat tidur. Pungut sampah, kumpul barang-barang yang dibawa. Basuh tikar yang digunakan buat alas tidur. Dan sebagainya. Selesai semua baru majlis ringkas penutup dan penyampaian hadiah.

Jom layan gambar-gambar di bawah.

Sesi mengemas barang dan peralatan

Sesi membasuh tikar


 Siap dibasuh, bentang di dalam kelas...musim hujan

Majlis ringkas penutup.

Alhamdulillah walau hujan memanjang perkhemahan ini dapat juga disempurnakan. Bila sama-sama sekepala buat kerja memang seronok. Kaum Adam di sekolah turut sekali tidur di bilik staff lelaki. Layan wayang pacak dengan ubi rebus sambal tumis. Mini BBQ. Fuhh, memang terbaik. Penat pun terbaik.

Ok. Seeu next entry
Adios!

Friday 2 November 2012

:: 3 Hari 2 Malam ::

Assalamualaikum w.w

Salam hujan dan sejuk dari saya..hee..hee
Musim tengkujuh telah tiba.


i. Intro
I just nak share tentang tajuk post di atas. Jangan bayangkan 3 hari 2 malam adalah pakej percutian. Tetapi adalah program Perkhemahan Badan Beruniform Dan Khemah Ibadah di sekolah. Setelah dirancang akhirnya masa dan waktunya telah tiba. walau pun cuaca tidak mengizinkan. Hujang memanjang. Bermula hari pendaftaran jumaat lepas solat jumaat hinggalah hari penutup. Hujan turun.

Tetapi dengan semangat para peserta dan guru-guru semua. Program berjalan dengan jayanya hingga ke akhirnya. Kali ini saya pula di amanahkan sebagai Ketua Unit Khemah Ibadah. Saya kena urus bahagian pengisian program agama. Alhamdulillah berkat kerja sama guru-guru agama semua dapat berjalan dengan baik dan sempurna.Thank's ustaz dan ustazah semua.

ii. Perasmian Program
Alhamdulillah perasmian program telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ismail bin Hj. Mohamad, Ketua Sektor  Pendidikan Islam Melaka. Terima kasih tuan sudi datang, setelah masa perasmian dianjak sedikit dari jadual asal. 

Layan jerlah gambar-gambar perasmian di bawah. Malas nak celoteh panjang.

KS sedang menerima laporan dari ketua peserta perkhemahan

  Lawatan tapak perkhemahan

  Walau pun becak, tetap bersemangat

KS tanya, apa beza Tunas Puteri dengan Puteri Islam? Siapa boleh jawab...

Anak siapa yang ditanya oleh KS tu?

Perasmian bermula...

Cik pengerusi majlis

Ucapan perasmian.

Tanda terima kasih.

Intipati dalam ucapan perasmian :
1. Sekolah akan datang mengalami perubahan perjalanan dan urus tadbirnya. 
2. Sebab ingin mendewasakan murid dengan cara yang betul.
3- Life is what you give..<-- I like


iii. Aktiviti
Aktiviti memang padat. Antaranya, penghayatan malam, sentuhan qalbu, tazkirah, solat dhuha, bengkel pemurnian ibadah solat dan lain-lain. Tu yang saya kena uruskan.

Bahagian badan beruniform pula ada slot berkawad, pertandingan memasak dan lain-lain. Tetapi yang paling best adalah slot rempuhan dan halangan. Dengan keadaan hujan dan becak. Fuhhh, memang best dan menyeronokkan. Jom kita layan gambar.

 Syaikhuna Ustaz Hatta bagi tazkirah

Khusyuk mendengar

Juri pertandangian buat sandwich

Gubahan sandwich paling kreatif

Orang kuat bbq, tak ada depa tak masak jawabnya

Aktiviti paling best, rintangan dan halangan...


Tolak...jangan tak tolak

Ketua jangan buat malu ok...

Cabaran paling besstt...

Cuba teka siapa dia?, hee...hee

Habis rambutku yang cantik...apa cikgu kesah?hee...hee
Secara keseluruhan aktiviti berjalan dengan baik walaupun keadaan hujan. Walau pun tidak sempurna tetapi tetap berjalan mengikut suasana dan keadaan. Tu jer buat setakat ini.
Sambung dilain kesempatan.
Adios!