Wednesday 28 December 2011

:: Siapa Cepat Dia Dapat ::

Assalamualaikum w.w for all

Saya hanya nak jelaskan cara pembelian dan pembayaran:

1- SMS ke nombor 016-4140191 atau
2- Email ciknors@yahoo.com taip kod item ( barang ) yang ingin dibeli
3- Buat pembayaran melalui Maybank2u  no. akaun : 154110044995
4- Sms sesudah membuat pembayaran di no. 016-4140191
5- Setiap item ( barang ) yang dibeli tambahan kos RM6.00 urusan penghantaran.

Selamat membeli, dan sabar menunggu 'offer' yang mendatang.



BOB01 RM15.00

BOB02 RM15.00

BOB03 RM15.00

FELT04 RM18.00  Sold

ABJAD05 RM18.00 Sold

Tuesday 27 December 2011

: : YES ::


Apa ke bendanya YES tu? YES it's mean Year End Sale. Saya dan my wife masa ini tengah kemas rumah. Semenjak dari pindah rumah baru pada 6/6 tempohari banyak lagi barang dalam kotak.

Kawan nak jual mainan anak-anak dan buku-buku cerita dalam Bahasa Inggeris. Buat pengunjung blog dan bakal pembeli, buat permulaaan saya akan jual mainan dahulu. Mainan ini kebanyakkannya adalah berbentuk 'Education Toys'. Anak-anak dah membesar dia orang pun tak main lagi.Beralih kepada permainan yang lain. Daripada menyemak dan memenuhkan ruang, baik dijual. Ada faedahnya.

Dan semua mainan dan buku-buku cerita yang akan saya jual dan paparkan nanti  'like new'. Masih dalam  kotak dan sempurna lagi. Senang kata cukup sifat. Saya akan uploadkan beransur-ansur gambar setiap satu yang akan dijual. Harga tak mahal, just nak kosongkan rumah sahaja.

Selamat menunggu dan membeli. Bye.

Tuesday 6 December 2011

:: Salam 10 Muharram ::

Assalamualaikum w.w

Lama bebenor rasannya tak menulis, semangat ada. Tetapi kekuatan yang tak berapa nak kuat.
Dari mula belajar buat blog untuk kerja 'assignment' kuliah, hati berkobar-kobar ingin mengasah minda dan bakat dalam penulisan. Tapi...

Insya' Allah, Selepas ini akan cuba untuk mengisi dan menulis. Sudah ada perancangan. Harap kesampaian dan tidak mengecewakan. Mohon doa pada Rabbul Izzati diberikan kekuatan dan dorongan dalam menulis. Amin

Salam Tahun Baru Hijrah 1433 ( harap tak lambat ) dan salam 10 Muharram







Friday 28 October 2011

:: Hujung ::

Assalamualaikum w.w

Kita selalu diingatkan tentang kehidupan. Kita berada dipenghujung dunia. Penghujung usia. Maka bersiap sedialah sebelum terlambat.

Cerita bab penghujung, penggal persekolahan pun sudah tiba di penghujung 2011. Tinggal beberapa minggu.
Anak-anak murid dah selesai peperiksaaan akhir tahun. Cikgu pula yang bertungkus lumus nak menanda dan menyiapkan kerja-kerja akhir sebelum cuti tiba.

Buat warga pendidik, selamat menanda dan selamat segala-galanya.

Monday 15 August 2011

:: Ramadan Karem ::

Lama bebenor tak berhias ( baca : artikel ) Naik sawang dibuatnya. Tiba-tiba sahaja sudah masuk bulan ramadhan.

Kalau macam tu, Salam Ramadhan Karem, bulan istimewa umat Islam. Bulan penuh keberkatan. Bulan penuh kerahmatan dan keredhaan.

Jumpa lagi.

Friday 15 July 2011

:: Titipan Jumaat ::

Hari ini adalah 'Open Day' di sekolah. Hari di mana parent datang untuk tandatangan rekod markah dan berbincang hal ehwal pelajaran anak-anak mereka.

Apa yang dikisahkan ialah, saya sebagai Guru Kelas 6C ( faham-fahamlah sahajalah...) didatangi oleh anak-anak murid selepas bacaan Yassin. Kata wakil mereka, Ustaz tolonglah, cerita yang baik-baik sahaja dengan emak ayah kita orang. Ustazkan baik, nanti kalau tak teruk kami kena di rumah.

Saya hanya tersenyum, dan menjawab. Tak janji tapi yang pasti balik rumah nanti u all tadah punggung sahaja. Masing-masing, buat muka tak puas hati. Saya kata Insya' Allah saya akan ceritakan yang baik-baik dan terbaik untuk emak ayah u all. Wajah mereka nampak ceria.

Saya kata, Ustaz akan cerita yang terbaik tentang u all tak buat kerja rumah, tak fokus dalan kelas, main-main di sekolah dan apa-apa cerita yang terbaik yang membolehkan u all dapat yang terbaik dari emak ayah u all.Masing-masing terus beredar dengan senyum meleret. Last word, ' Ustaz nie, memang tau'

Dan akhirnya, demi kebaikan anak bangsa, saya sudah selesaikan tanggungjawab. Sudah ceritakan yang baik-baik dan terbaik.

Buat parents jangan kecewa  dengan pencapaian anak, yang penting adalah akhlak dan peribadi mereka. Masa ada lagi untuk UPSR dan SIA.

Moga berjaya semuanya.

Friday 8 July 2011

:: Titipan Jumaat ::

i
Dengan keberkatan penghulu segala hari, Alhamdulillah segala puji bagi yang empunya kerajaan langit dan bumi, atas nikmat yang diberi. Beroleh nyawa lagi di pagi yang suci ini.
Mei, Jun dan Julai. Tiga bulan yang meletihkan. Bermula dengan semester kuliah yang menghampiri hujung. 

Mengemas rumah untuk pindah ke teratak sendiri. Sehingga exam semester pada hujung Jun hingga awal Julai. Rally yang panjang.

Alhamdulillah dah mula beransur reda sedikit. Pindah sudah, exam selesai sudah. Tinggal ingin mengemas barang-barang pindah. Ramadhan bakal menjelma. Banyak kerja yang menanti.

Dengan keberkataan Jumaat penghulu segala hari, doa dipanjatkan semoga urusan kehidupan dipermudahkan jua.

Thank's for all.

Thursday 23 June 2011

:: Fatrah Imtihan ::

Dengan hati yang ikhlas hambamu yang kerdil ini bermunajat Ya Ilahi Rabbi :

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan
Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, jadikanlah diriku, isteriku, anak-anakku dan penuntut-penuntut muslimin  dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.

Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Wednesday 22 June 2011

:: Dalam Diriku Ada Kamu ::

Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting. Kerana dengan pendidikan dan didikan Islam yang betul pastinya dapat membuahkan hasil yang baik.

Dewasa ini, kita lihat pusat-pusat asuhan kanak-kanak merata tubuh bak cedawan selepas hujan. Khalifa Comel, Genius Aulad, Pasti adalah nama-nama yang sudah lama bertapak dan mendapat tempat di hati ibubapa. Rata-rata Ibubapa masa kini memilih aliran sekolah yang punyai teras agama sebagai mata pelajaran disamping Bahasa Inggeris.

Sesungguhnya, di kala ini suasana dan persekitaran amat mencabar di dalam membesarkan anak-anak. Zaman sudah berubah. Maka cara didikan juga sudah berubah. Ibubapa perlu mencar ilmu keibubapan ‘parenting knowledge’ sebagai bekalan dan panduan di dalam mendidik anak-anak.

Di dalam pendidikan awal anak-anak, perlu ditekankan betapa Allah lekat dihati mereka. Ibarat orang bercinta yang dilakarkan dalam bait lagu, ‘ dalam diriku ada kamu’. Biarlah anak-anak dilatih bercinta dengan penciptanya. Dengan itu anak-anak senantiasa dekat dengan Allah dan senantiasa waspada dalam tingkah lakunya di dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi Junjungan Muhammad SAW yang maksudnya, awal agama mengenal awal. Jadinya diterapkan dan ditanam dalam hati sanubari anak-anak dari kecil akan betapa Allah yang menjadi pencipta senantiasa dihati.
Ini kerana dengan keadaan zaman yang penuh dengan tipu daya, penuh dengan kebejatan akhlak dan tingkah laku. Kita seharusnya mempersiapkan diri anak-anak dengan asas agama yang kukuh dan teguh. Apabila anak-anak tahu bawa dirinya senantiasa dalam perhatian sang pencipta sudah tentu kegusaran hati ibubapa terhadap anak-anak pastinya dapat diredakan.


Apabila anak-anak itu meningkat dewasa, sejak kecil sudah terlatih dan biasa dengan kata-kata, ‘dalam diriku ada kamu’ pastinya anak-anak itu takut untuk menyeleweng untuk melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Mereka akan jujur di depan ibubapa atau pun di belakang ibubapanya. Mereka tahu bahawa Allah Maha Melihat dan mengetahui.

Dewasa ini, sering kita dikejutkan dengan berita-berita kerosakan akhlak dan displin anak-anak remaja diperingkat semua lapisan umur. Kedengaran ada anak-anak yang didepan ibubapa baik dan sopan santun. Tetapi di belakang pengetahuan ibubapa mereka melakukan sesuatu yang menjadi kesalahan kepada agama Islam dan ada budaya timur.
Sebab itu kata-kata, ‘dalam diriku ada kamu’ harus ditanam dan disuburkan dalam diri anak-anak sejak kecil agar apabila mereka dewasa mereka boleh mebawa diri dalam apa jua keadaan mehnah dan tribulasi kehidupan yang semangkin mencabar dan tercabar.

Setiap ibubapa sudah pastinya menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah menjadi penyejuk mata dan hati yang akhirnya kehidupan berumah tangga mendapat keredhaan Allah.

Sepeti mana maksud firman Allah di dalam surah Al-Furqan  ayat 75, " Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat ) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa.

Saturday 11 June 2011

:: Aku-aku , Kamu-kamu ::

i.
Senario kehidupan

Seawal pagi sudah bangun, Si ibu bergegas ke dapur untuk menyiapakan sarapan pagi, Si Ayah membantu mengejutkan anak-anak bersiap ke sekolah. Anak-anak yang sudah terbiasa akan bangun terus mandi dan bersiap dengan pakaian sekolah. Bagi Anak ramai Abang long dan Kak Long membantu adik-adik bersiap. Itu yang mempunyai kerjasama. Bagi Ayah dan Ibu yang bekerja mengikut shif, faham-faham sahajalah suasananya. Selagi si anak tidak keluar rumah untuk ke sekolah . Maka si Ayah atau Ibu akan bagai lipas kudung mengejar waktu menyiapkan apa yang perlu.

Bila petang lain ceritanya, Bila anak-anak sudah semuanya pulang dari sekolah. Si Ibu yang masih tersekat dengan kesesakan lalu lintas sudah mula risau. Apa hal keadaan di rumah. Mahu menyediakan makan malam. Si Ayah pula sudah terfikir tugas lepas waktu pejabat. Menghantar anak pergi mengaji, tuisyen dan mengambilnya pulang. Ibarat buat part time tak berbayar. Pemandu anak-anak.

Bila waktu mengenjak malam, Si Ayah dan Ibu keletihan. Si Ibu masih punyai tugas. Mengemas rumah mana yang perlu. Mengosok baju kerja untuk Ayah dan dirinya serta anak-anak untuk esok. Itu bagi yang bekerja. Semunya mahu disiapkan seawal mungkin. Agar esok tidak terlewat ke tempat kerja dan anak tidak lewat ke sekolah.

Hujung minggu lain ceritanya. Waktu cuti dua hhari digunakan secukupnya. Mencari waktu mengemas rumah, membasuh baju, melipat baju yang menimbun-nimbun, berbelanja itu persiapan seminggu dan sebagainya. Ini senario bagi orang yang  tidak punyai ‘bibik’. Sekiranya ada ‘bibik’ lain ceritanya. Kurang sedikit kesibukan.

ii.
Senario semasa.

Bila disingkap senario kehidupan harian. Itulah yang boleh digambarkan. Hidup di waktu ini terkejar-kejar. Apatah lagi hidup di bandar besar atau di desa. Senarionya sama. Dunia dah berubah. Dulu lain sekarang lain.

Senario inilah yang akhirnya akan menimbulkan suasana, ‘aku-aku, kamu-kamu’ sebabnya suasana intraksi kurang berlaku. Mana tidaknya keluar awal pagi, pulang waktu lewat petang. Bila dan masuk rumah. Tugas sudah menunggu.

Kerana dek tuntutan kehidupan. Terpaksa atau memaksa diri melakukannya. Bagi yang pandai pengurusan masa, dilalui dengan penuh displin dah tabah. Mana yang tidak punyai pengurusan masa yang baik, redah sahaja asalkan mencapai apa yang dihajati.


Apa jua keadaan kena hadapi. Tidak boleh dielak atau lari dari keadaan. Keadaan memang menuntut begitu. Pagi hari sebelum mentari terbit sudah keluar rumah, pulang bila mentari sudah tiada. Itulah rutin harian.
Bila sudah begitu tuntutannya, akhirnya suasana kehidupan sosial yang kondusif hilang. Wujud sikap keakuan. Dengan erti kata yang lain, ‘aku-aku, kamu-kamu’. Satu suasana yang tidak baik dan bagun dalam kehidupan masyarakat.

Disaat masyarakat kini dihimpit masalah dan kebejatan yang terlampau. Lebih dahsyat dari zaman kegelapan sebelum kedatangan Islam. Sudah tentu sikap demkian pastinya memburukkan keadaan. Kita perlu ingat pesan Rasulullah, petunjuk sepanjang zaman dalam sabdanya yang bermaksud: “Bukan dari kalangan ummatku sekiranya kamu tidak ambil peduli hal keadaan urusan saudara muslim kamu”.

Apabila suasana keakuan berlaku, maka secara tidak langsung suasana ‘amal makruf nahi mungkar’ tidak wujud dan tidak berlaku.

Allah telah memberi peringatan kepada kita betapa pentingnya ‘amal makruf nahi mungkar’ dan dengan membuat kerja membuat kerja-kerja ‘amal makruf nahi mungkar’ menjadi ummat terbaik. Firmannya dalm surah Al-Imran ayat 110 yang bermaksud, : “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Dan Apabila suasana keakuan itu wujud dan tebal dalam masyarakat, hasilnya dapat kita lihat apa yang berlaku kini. Masalah sosial terlampau disemua lapisan umur. Masalah remajanya yang tidak berhenti-henti., seks bebas, Pembuangan bayi dan pelbagai lagi. 

Apa yang berlaku ini adalah akibat dari sikap, ‘aku-aku, kamu-kamu dalam masyarakat. Sedang Allah dan Nabi ajarkan supaya kita saling tegur menegur dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

Tuesday 17 May 2011

:: Cita-cita ::

Teringat zaman persekolahan kita dahulu. Bila ditanya akan cita-cita oleh Cikgu. Masing-masing akan menyenarai tiga paling kurang cita-cita masing-masing. Tentera, Polis dan Bomba pilihan utama dan glamour. Doktor, Peguam Guru pilihan alternatif dan kebanyakan murid perempuan memilihnya.

Bila sekarang jadi Cikgu, tidak ada jauh bezanya, ketika ingin mengisi kad yang sama. Murid-murid masih memilih cita-cita yang sama. Agak lainnya ada pilihan baru. Angkasawan, Saintis dan sebagainya.
Dan dari dulu hingga kini, masih tidak ada murid yang menyebut dihadapan Cikgu, " cita-cita saya ingin menjadi pendakwah, Cikgu". Tidak termasuk dalam senarai cita-cita yang glamour dan menjadi pilihan.

Bila dikenang kembali dizaman dan masa kita sekarang, dengan cabaran dan mehnah yang berbagai-bagai. Kita amat-amat memerlukan pendakwah.  Bagaimana pentingnya doktor, jururawat yang menjadi pilihan cita-cita dahulu. Pendakwah di zaman ini sama pentingnya dengan kerjaya doktor jururawat di hospital.

Dalam konteks sebagai Cikgu, kerjaya sebagai Cikgu itu boleh dianggap sebagai pendakwah.  Dengan itu bolehlah di'glamourkan' pendakwah sebagai cita-cita utama dalam pilihan murid.

Dengan mengambil pesanan sabda Junjungan, " Sampaikan kepadaku walaupun satu ayat'. Memang orang akan merasa janggal dan pelik. Tetapi bukan kita mahu mengubah apa yang sudah ada dan lama berjalan. Apa yang perlu, adalah sebagai Cikgu harusnya mengingatkan tentang konsep kebertanggungjawaban, konsep menyampaikan kebenaran dan menegur kemungkaran. Ini boleh diselitkan di dalam masa pembelajaran dan pengajaran ( P&P ). Selain mengikut silibus yang sedia ada.

Ini kerana melihat kepada suasana semasa, di sekolah dalam skop yang kecil cabarannya amat besar. Banyak masalah yang berlaku, soal displin, soal kurang minat belajar dan sebagainya. Apabila soal kebertanggungjawaban ditekankan disamping soal tegur menegur Insya’ Allah masalah-masalah yang berlaku akan berkurangan walaupun tidak selesai semuanya.

Cuba kita renungkan Firman Allah yang masksudnya : “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)

Tulisan ini bukan inginkan semua murid memilih pendakwah sebagai cita-citanya. Kalau itu yang diinginkan oleh murid, Alhamdulillah satu kebaikan. Tetapi apa yang harus ditekankan ialah betapa sebenarnya semua orang adalah pendakwah. Maksudnya ialah pendakwah pada diri dalam skop yang kecil, keluarga masyarakat dan negara. 

Masa kini masyarakat memahami bahawa kerja-kerja dakwah adalah tugas pada Ulamak, Pak Ustaz atau mereka yang bekelulusan agama sedangkan pada hakikatnya jika kita lihat kepada maksud ayat surah Al- Imran 104 semua orang yang mukallaf haru melakukan kerja-kerja menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran, maksudnya kerja-kerja dakwah.

Bertepatan dengan sabda Nabi Junjungan, “ sampaikan kepadaku walau pun satu ayat ”.

Wednesday 11 May 2011

:: Iftitah ::

i.
Dengan lafaz Bismillah, kalam di buka buat iftitah dalam penulisan ini. Moga dengan nama ALLAH yang maha Rahman dan Maha Rahim memberi kekuatan untuk terus mencurahkan idea dan istiqamah dalam membuat catatan serta penulisan di dalam medan ini.

ii.
Alhamdulillah dapat menulis kembali di dalam medium ( blog ) ini. Moga terus istiqamah dan bukan hanya sekadar memenuhi tuntutan Assignment Kuliah. Entah berapa kali blog di buka tetapi hilang tanpa didiami (diisi). Harapnya kali ini terus kekal abadi memenuhi tuntutan dakwah yang suci. Amin.

iii.
Poksyeikh nama diberi di tempat mencari rezeki.  Lantas digunakan sebagai nama blog ini.