Saturday 15 September 2012

:: Lambat Cerita ::

Assalamualaikum w.w

Kata orang, kerja bertangguh tidak elok. Dari hari Jumaat lagi saya ingin buat entry ini. Tetapi dari bertangguh kemudian masuk cuti hujung minggu dengan kerja-kerja yang menunggu. Akhirnya baru kini saya dapat menyempat dan memaksakan diri untuk bercerita. Kira lambat ceritalah nie.

i. 
Iktibar. Kejadian berlaku pada Jumaat 14 hb. Sept. Sekitar jam 7.10 pagi. Di jalan lama Melaka-Muar. Sebelum traffic light Kandang.

Waktu pagi bekerja sememangnya sibuk. Ibarat burung terbang dari sangkar mencari rezeki. Siapa cepat dia dapat. Begitulah kehidupan ini. Waktu pagilah kehidupan sebuah keluarga akan menjadi 'rushing' kalau tidak disusun. Ibu dengan kesibukannya di dapur. Ayah sibuk menguruskan anak-anak bangun untuk solat dan bersiap ke sekolah. 

Bila sudah keluar rumah, masing-masing perlu segera sampai ke destinasi sebelum waktu yang telah ditetapkan. Anak-anak dengan waktu mula persekolahan. Ibu bapa dengan waktu kerjanya. Kejar punch card supaya tak merah.

Apa yang saya nak cerita adalah, dalam kita bersegera haruslah berhati-hati. Safety first. Kekadang bila tergesa-gesa kita lupa akan keselamatan.  Terutama di atas jalan raya. Buat 'bikers' macam saya yang hanya ada kenderaan dua roda keluar mencari rezeki. Keselamatan harus diutamakan. 

Buat pemandu-pemandu kereta, sedarlah dan hormatlah 'bikers' macam saya. Jangan memandu ikut suka. Mentang-mentang anda tayar empat roda bukan bermakna anda boleh buli orang macam saya yang menunggang motorsikal ketempat kerja. Hormat dan utamakanlah kami bila memandu.

Pagi Jumaat seperti biasa saya memandu motor kesayangan saya ke tempat kerja. Sebaik sampai di jalan lama Melaka -Muar sebelum lampu isyarat Kandang. Di hadapan Kampung Tambak Sembelong telah berlaku satu kemalangan kecil antara motorsikal dengan sebuah kereta Alza.

Saya sampai sahaja, ambulans telah beredar dan kedua-dua kenderaan masih lagi disitu. Oleh kerana sikap ingin tahu dan simpati saya turun melihat keadaan dan mencari maklumat. Anak muda dari Sungai Rambai katanya yang berlanggar. Kereta orang kampung Tambak Sembelong. Keadaan penunggang motor cedera parah, patah kaki. Pemandu kereta steady sihat walafiat. Kesian sungguh. Simpati saya. Teringat keadaan diri yang selalu menggunakan jalan itu berulang alik mencari rezeki. 

Buat semua doakan saya selamat dunia dan akhirat. Isteri masih satu, anak-anak masih kecil. Jom kita layan gambar-gambar untuk iktibar dari sebuah kemalangan.

Driver kereta yang bebaju melayu berkain sarung di tiang elektrik. Steady.
Motor dari arah Kandang ke Melaka. Kereta ingin masuk ke Kampung.

Lekat bersatu

Tertonggeng ...terkulai

Eksos motor boleh tertusuk ke dalam cover lampur depan.


Selepas dipisahkan, didoakan supaya penunggang motor ini 
tidak begitu serius kecederaan. Sabar dan tabah hendaknya.

ii.
Merdeka Raya.
Lepas dari melihat dan mendapat berita dari kemalangan tersebut. Teruskan perjalanan ke sekolah. Alhamdulillah dapat tiba tepat masa. Kira 'ngam-ngam'. Penting tidak merah kad.

Kebetulan hari jumaat. Ada bacaan Yassin mingguan dan majlis merdeka raya. Selepas bacaan Yassin ada berzanji dan selawat. Lepas program ada jamuan raya dan sambuta hari jadi buat guru dan staff sekolah.

Ko orang layan jerlah gambar-gambar kat bawah. 

Ustaz Hatta Bakar memperdengarkan bacaan berzanji.
Suara Ustaz memang suara komersial.

Persembahan anak-anak murid.

Barisan Pentabir.
Menu hidangan...
 Kek..dari Muslimah Bakery

Licin...lapor bebenor gamaknya.

Ini bukan menu, zuhud cikgu nie. Nokia getah namanya.


Orait, tu jer lambat cerita dari saya.
Ila liqa'.
 

Wednesday 12 September 2012

:: Dalam Kelakar Ada Betulnya ::

Assalamualaikum w.w

First at All, mai kita layan apa yang saya paparkan di bawah : ( sila klik gambar untuk besarkan dan baca )



















Saya yakin semua yang sudi datang berkunjung ke laman blog saya dah baca  apa yang saya paparkan di atas. Maklumlah dunia tanpa sempadan. Zaman langit terbuka luas katanya.

Bagi saya apa yang dipaparkan memang ada benarnya. Bila sekali baca memang ter'senyum kambing' seorang. Dalam kelakar ada benarnya. Bila akses media cetak dan elektronik berkembang. Sebagai pembaca dan pengguna harus bijak memenafaatkannya.

Kekadang berita yang tidak mempunyai nilai berita lebih kepada komersial. Ingat saya masa di dalam dunia kampus menjadi sidang redaksi, berita yang kita tulis harus mengikut 'SIDIBAM'. Seingat sayalah. Maafkan kalau salah.

SI it's mean siapa, DI bermaksud dimana dan BAM membawa makna bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku. Ingat saya dalam satu kuliah Ustaz Ismail Kamus, seharusnya yang menjadi berita adalah manusia menggigit anjing, bukan anjing menggigit manusia. Sebab anjing menggigit manusia sudah biasa dan banyak terjadi.

What ever Allah dah berpesan sebagai panduan kita membaca dan menerima berita, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat49:6)

Kesimpulannya, berita yang kita terima harus diselidiki dan ditimbang dengan akal yang waras.
Orait, Ila liqa.
Adios!

Tuesday 11 September 2012

:: Kini Tiba Masanya ::

Assalamualaikum w.w

Waktu dan masa yang ditunggu oleh murid tahun 6 pagi ini tiba akhirnya. Begitu juga bagi ibubapa yang mempunyai anak yang mengambil UPSR, debaran, kerisauan dan apa yang ditunggu-tunggu akhinya tiba juga.  Hari ini 1 Malaysia anak-anak murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR.

Saya pula ada masa 2 tahun bagi merasai suasana itu. Debaran, kerisauan pastinya nanti akan terasa. Apatah anak lelaki sulong jadi contoh pada anak-anak yang lain. Ibarat orang menebas membuat jalan. Saya dan wife harus menebas membuat laluan supaya mudah dilalui orang.  Senang cerita, anak sulongku menjadi contoh pada adik-adiknya.

Suasana pagi ini mengusik jiwa saya, 2 tahun lagi mungkin saya seperti sebahagian ibubapa pagi ini yang turut hadir menemani anak-anak yang menduduki peperiksaan. Ada yang sanggup mengambil cuti kerja, ada yang masuk kerja lewat sedikit semata-mata ingin memberi perangsang kepada anak-anak.

Bertuah anak-anak hari ini, ibubapa yang punyai kelebihan pastinya menemani anak-anak di pagi peperiksaan berlangsung. Bila diimbas kembali zaman kita dulu, mananya ibubapa duduk menemani dan menunggu pada hari peperiksaan. Ayuh anak-anak Malaysia syukuri dan kasihi ibubapa anda. Buktikan dan jangan sia-siakan harapan ibubapa anda.

Buat  ibubapa dikalangan guru SRAJP yang mana anaknya mengambik UPSR saya belajar dari kalian. Melihat kalian melayan anak-anak menyentuh hati saya. Yes!, saya ada 2 tahun lagi bagi merasai suasana itu.

Buat Ustaz Saufi Yusof ( GPK 1), Ustaz Mahfot Rahmat ( GPK Koku ), Ustaz Aminuddin Samad ( Guru Displin ), Ustaz Hatta Abu Bakar, Ustaz Nazri Ahmad, Cikgu Kartinahayu Salim Bibi Fatimah Roslan saya doakan moga anak kalian berjaya apa yang kalian idam dan harapkan. 5A... Amin Ya Rabb!

Jom, kita layan suasana pagi di SRAJP.

Bagi memaksimumkan bising murid berkumpul waktu pagi di padang sekolah












Cikgu-cikgu memantau keadaan.












GPK Koku ( Ustaz Mahfot Rahmat ) memberi arahan dan peringatan.
















Sebahagian ibubapa yang menemani anak-anaknya













  Anak tahun 6 SRAJP.













Tuan Guru Besar menitipkan kata-kata akhir sebelum masuk dewan peperiksaan.












Doa dibaca oleh Ustaz Mahfot Rahmat.













Turut di 'amin'kan oleh ibubapa  hadir. Amin Ya Rabbal Alamin.













Jumpa lagi.
Ila liqa'.

Sunday 9 September 2012

:: Special Thank's ::

Assalamualaikum w.w

Kesempatan ini, tidak wajar rasanya saya kalau saya tidak mengucapkan ucapan khas terima kasih buat semua yang mengerakkan Solat Hajat Perdana Ke 3 hingga berlangsung dengan jayanya.

Bagi saya, tanpa mereka sudah pasti majlis tidak akan berjaya. Meman penat bila berprogram, tetapi semua itu adalah pengalaman yang tidak dapat kita timba dan belajar di bilik-bilik kuliah. Penat, letih, risau, rungsing dan sebagainya adalah cabaran yang akan mematangkan kita. Berguna buat kita melayari perjalanan hidup dan kerjaya di masa-masa hadapan.

Dunia sekarang berubah pantas, sudah pasti kita juga kena berubah mengikut perubahan zaman.  Maha Pencipta berfiman yang bermaksud Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu yang mengubahnya sendiri. Jadinya, maju mundur  kita dalam kehidupan kita yang menentukan sendiri.  

Any way special thank's to :

1. Baris pentadbir Sekolah SRAJP
2. Barisan PIBG pimpinan Tuan Hj Othman Abdul Latif
4. Warga sekolah SRAJP
3. Imam solat magrib Ustaz Mahfot Rahmat ( GPK KOKU baru )
4. Imam jemputan yang memimpin bacaan Yassin dan Solat Hajat Ustaz Abdullah Hashim Al-Hafiz.
5.Tuan Hj. Md.Nor Sidin yang menyumbang RM2000.00
6. En. Adam Hassan yang sponsor khemah
7. Barisan guru lelaki yang baik budi, ketulusan hatimu amat dihargai.
8. Semua penyumbang dalam apa jua bentuk yang buat secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi

Cikgu adalah segalanya, dia mengajar, dia doktor bila murid terluka, dia cleanner bila program, dia segala-galanya...











Enjoy bekerja, still control macho...berbaju melayu bersamping songkit. Sir Fendi memang terbaik.











Cikgau Noraini, orang kuat PIBG. Setiausaha yang memang setia...7 tahun katanya pegang jawatan.












Terima kasih daun keladi,
Lain kali minta tolong lagi.
Adios!

Saturday 8 September 2012

:: Alhamdulillah Berjaya ::

Assalamualaikum w.w

Pertamanya Alhamdulillah....Alhamdulillah

Just nak share story Solat Hajat Perdana kali ke -3 di Sekolah. Apa yang boleh diluahkan dalam awal bicara memang berjaya. Walau pun pada mula risau dan rungsing tentang keadaan cuaca. Kerisauan tentang kewangan bagi program ini memang tidak ada masalah sebab disponsor sepenuhnya  oleh PIBG. Rupanya kerisaun cuaca memang menguji, saat hampir azan magrib berkumandang hujan renyai-renyai mula turun.

Tetapi berkat doa semua, turun sekadar menyejukan keadaan dan hati. Alhamdulillah Tuhan Maha Kuasa dan mendengar bisikan hati hamba-hambaNYA. Turun hanya sebentar sekadar menyejukan keadaan dan suasana.

Alhamdulillah majlis dapat berjalan dengan baik dan jaya. Kehadiran ibubapa diluar jangkaan.Pihak urus setia terpaksa tambah khemah bagi menampung kehadiran yang diluar jangkaan. Terima kasih ibubapa, kehadiran semua moga-moga membuah natijah yang positif untuk kita semua. Moga doa semua yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi dimakbulkan jua.

Selain program Solat Hajat, ada sedikit program ringkas iaitu Mohon Restu antara pihak guru dan ibubapa. Mengambil semangat Syawal saling maaf bermaafan dan sama-sama berlapang dada antara kedua-dua pihak. Maafkan tersilap kata terlanjur bicara. Maaf segala kekurangtan selama 6 tahun mendidik anak-anak ibubapa yang hadir.

Lain, lain cerita...kita layan gambar. Memang enjoy dan seronok berprogram. Walau pun keletihan dan kepenatan tidak dinafikan. Allah jua yang menilainya, Insya' Allah.

'Imam 2' ( GPK 1) sekolah mencari arah kiblat yang betul.

Memastikan memang betul-betul mengikut kiblat

 Anak murid turut membantu

 
Antara orang kuat menjadi tulang belakang program
from left : Sir Nizam, Sir Aminuddin dan Sir Fendi


 Bacaan Yassin dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Hashim Al-Hafiz

Sebahagian 'parents' yang hadir


 Ibu-ibu yang prihatin

Doa dipohon....


mohon keberkatan dan kejayaan...Amin Ya Rabbal Alamin


Gimik  majlis mohon restu..


 Barisan Pentadbir dan PIBG

 Barisan murabbi yang ikhlas...

bersalaman, bermaafan...


 mohon restu untuk kejayaan

 Makan time, selepas menahan lapar...amat lapar,

 thank's Kak Ani kerana faham.

'Imam 2' yang mudah didekati.
From left : Ustz.Marsita, Teacher Zaidah and Teacher Shazana


ok, harap layan dengar gambar yang dipaparkan.
Jumpa lagi,
Adios

Wednesday 5 September 2012

:: Terakhir ::

Salam lebaran

Hanya untuk memaklumkan, program yang saya sekali lagi kena menguruskannya adalah solat hajat perdana kali ke-3 ( terakhir pada 2012 ) bagi anak-anak tahun 6 menghadapi imtihan UPSR dan SIA

Bakal di adakan di tapak perhimpunan sekolah.  Pada hari Jumaat 07/09/12 bermula jam 6 petang. Kali ini program lebih diuruskan dan di sponser oleh PIBG. Ringan sikit beban tugas. Tak pening-pening nak cari duit dan menguruskan hal berkaitan.

Dalam meetting pada hari selasa 27 Ogos lalu, dikhabarkan ada sponser sebanyak RM2000/- bagi menampung makanan dan RM450/- bagi urusan sewa khemah Terima kasih kepada para penyumbang. Moga terus murah rezeki.

 Khemah telah dipasang 3 hari awal, terima kasih Tuan Hj. Ali

Banner telah dinaikkan, moga anak murid tahun 6 berjaya

Mohon doa moga majlis berjalan lancar dan berjaya.
Sekian
Adios