Sunday 29 July 2012

:: Anak - Anak ::

Assalamualaikum w.w

Just to share cerita anak-anak. My son memang Alhamdulillah dah biasa puasa. Bermula dari darjah satu lagi dah cukup puasa. Saya beri galakkan dengan hadiah sekiranya cukup puasa tanpa ponteng.

Now, he already dah 10 tahun. Memang dah mukalaf / wajib berpuasa. Sudah pesan awal, hadiah tidak sama dengan yang sudah-sudah. Sebab memang sudah tanggungjawab kena laksanakan puasa.

Ini cerita about my anak perempuan. 6 years old. Tadika lagi. Saya cuba dengan wife latih berpuasa. Hari pertama memang temui kegagalan. Setakat pukul 12.00 sahaja. Tetapi pada hari kedua perkembangan yang baik dapat berpuasa penuh setelah dipujuk ingin di bawa ke bazar ramadan.

Dan hari ini Ahad puasa yang ke 9 ramadan anak perempuanku hanya 'ponteng 2 hari. Bagi saya perkembangan yang baik. Jadinya bagi meraikan dia dan 'orang baru', saya bawa anak-anak berbuka di luar. Cari punya cari, dapat harga yang baik. Kami makan di Hang Tuan World Heritage Hotel di Melaka Raya. Hotel baru yang baru beroperasi 8 bulan. Bagi saya memang baik dan not bad buffet ramadannya. Parking lot yang banyak dan paling diberi pujian surau yang luas dan selesa. Tak perlu berebut untuk solat.

Harapanku moga anak-anak terus pastuh dan taat melaksanakan perintah Allah. Mensyukuri nikmat Iman dan Islam.

Ok, tu jer.

Bersedia tunggu waktu azan













Booking table under poksyeikh













Ajar my son take picture, nie hasil kerjanya. Amboii ko long...!












Bergambar juga akhirnya.



Friday 27 July 2012

:: Cerita Ramadan ::

Assalamualaikum w.w every one,

Thank's kepada sesiapa yang sudi baca my blog

Just to share what activities yang telah dijalankan ditempat saya mencari rezeki ( sekolah ). Bulan ramadan bulan ibadah. 

Lanjutan dari program pelancaran Ihya' Ramadan tempohari sebenarnya banyak program yang di susun bagi warga sekolah terutamanya anak-anak murid.  Antara program yang disusun ialah tadarus waktu pagi. Selain daripada itu waktu murid rehat tahap 1 dan tahap 2 dikumpulkan dan diisi dengan pelbagai program antaranya tayangan video, bicara feqah ramadan dan aktiviti yang berkaitan.

Satu pembaharuan di dalam program Panatia Dinniah bergabung dengan pelbagai panatia yang punyai kaitan dengan subjek agama. Boleh kata program ini dalam  peringkat percubaan dan pemantapan. Perlu penambah baikan pada masa-masa akan datang.Anak-anak murid terisi masanya dengan perkara yang berfaedah di bulan ramadan yang mulia.

Menyumbang yang termampu. Anak murid adalah harapan ummah masa depan. Bila depa masuk sekolah beraliran agama sudah pasti parents mengharapkan mereka terdidik dengan nilai-nilai agama. Memang menjadi cabaran juga kepada saya sebagai seorang ustaz. Masih belum mampu untuk menjadi murabbi yang baik.

Orait,
Adios.

Program pagi, tengah bersiap. Ambil 30 minit masa pertama  p 'n' p.












Murid yang masih belum boleh baca al-Quran, duduk di tapak perhimpunan dan dibimbing membaca Muqaddam.











Murid yang boleh baca al-Quran di bahagikan dalam kumpulan untuk bertadarus bersama guru pembimbing.











GPK satu turun tanah, duduk dalam kumpulan taddarus.












Waktu rehat berkumpul di 'dewa' kantin.Punyai program yang di susun.












Antaranya bicara Feqh Ramadan













Tayangan vedio yang punyai kaitan dengan ramadan.








Thursday 26 July 2012

:: Ramadan Bulan Ibadah ::

Dengan lafaz syukur, Alhamdulillah umur kita dipanjangkan Allah. Dapat berjumpa kembali bulan ramadan bagi tahun ini. Rasanya seperti baru sahaja ramadan berlalu. Itulah nikmat yang paling besar dan tidak ternilai harganya.

Bulan ramdan adalah bulan yang amat teristimewa bagi orang yang beriman. Ini kerana bulan ramadan tidak sama dengan bulan yang lain dalam setahun. Bulan yang penuh dengan rahmat,keampunan dan dijauhkan daripada azab api neraka.

Sabda Nabi yang biasa kita dengar apabila tiba bulan ramadan,"Ramadan, awalnya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada azab api neraka".

Sekiranya kita membaca hadis-hadis yang berkaitan dengan bulan ramadan pastinya kita tidak akan berlengah dan berdalih untuk beramal ibadah. Ini kerana amal ibadah yang dilakukan di dalam bulan ramadahan gajarannya tidak sama pada bulan-bulan biasa selain ramadan.

Jika dirujuk catatan ulamak muktabar di dalam kitab bab fekah ramadan, kita  akan dapati amalan sunat dibulan ramadan diangkat darjat pahalanya kepada pahala amalan sunat. Dan apatah lagi amalan wajib. Sudah pasti berlipat kali ganda ganjarnya. Hatta tidur dibulan ramadan mendapat pahala disisi Allah jua.

Lantaran itu, mengapa kita berlengah dan berdalih untuk melakukan ibadah. Tulisan ini untuk mengingatkan diri sendiri agar jadi insan yang tidak berdalih dan bertangguh untuk merebut 'offer ramadan' yang memang terbaik.

Bila membicarakan ibadah dibulan ramadan, bukan tertumpu kepada ibadah khusus seperti Solat, berzikir, membaca al-quran dan seumpamanya. Akan tetapi termasuk ibadah umum seperti apa yang kita lakukan didalam pekerjaan kita sebagai guru umpamanya. Apa yang kita buat atau kita sumbangkan kepada sekolah mahu pun anak-anak murid juga dikira ibadah disisi Allah dan punyai ganjaran yang dijanjikan di dalam bulan ramadan.

Saya mengingatkan diri sendiri, kekadang memang terasa juga bebanan tugas. Tetapi bila dipujuk hati lakukan kerana Allah bukan kerana lainnya. Biarlah amalan kerja dipandang 'tuan dilangit' daripada 'tuan dibumi'. Sememangnya CEO kita adalah Allah. Jadinya beribadah dan berkerja kerana Allah selain untuk kepuasan diri.

Bagi saya kiranya ada pahala disisi Allah apa yang saya lakukan, saya niatkan untuk anak-anak dan isteri tersayang. Mudah-mudah dipermudahkan urusan kehidupan mereka. Amin.
Sebelum menutup bingkisan ini saya ingatkan diri saya dengan satu sabda Nabi dari Ibnu Abbas ra. :"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Jika sekiranya umatku mengetahui segala (kebaikan) di bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan supaya sepanjang tahun itu menjadi Ramadhan, kerana semua kebaikan berkumpul di bulan Ramadhan, ketaatan mudah diterima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni dan syurga kepada mereka'".

Friday 20 July 2012

:: Marhaban Ya Ramadhan ::

Assalamualaikum w.w

Salam ramadhan yang bakal tiba.

Just to share, today adalah hai terakhir bulan Sya'ban. Mengikut penngumuman yang telah dibuat esok jatuh satu ramadhan. Maka berpuasalah esok. Marhaban Ya Ramadan.

Sempena dengan kehadiran bulan Ramadan dan hari terakhir Sya'ban, sekali di tempat kerja saya mengadakan program sempena kedatang bulan Ramadan. Pihak Panatia yang berkaitan dengan subjek agama telah bergabung tenaga bagi menganjurkan program penutup bulan Sya'ban dan pelancaran Ihya' Ramadan.

Dengan kerja sama yang diberikan dan komitmen semua satu program yang meriah dan berjaya dapat diadakan dengan jayanya.  Disamping program tersebut, telah dilancarkan juga buletin 'Cahaya Ramadan' dan tabung 'Infa' Ramadan'. Perasmian dan pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ridzuan bin Abd. Ghani (Ketua Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA) Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka )

Semua ini dibuat bagi mendidik anak-anak murid dan warga sekolah tentang bulan Ramadan yang penuh barakah, bulan yang 'teristimewa' dari bulan-bulan yang lain. Bulan Ibadah, bulan muhasabah. 

Special thank's to :
1- 'Imam 2' GPK 2 ( Ustaz Saufi Yusof ) sekolah yang optimis untuk menjayakan program
2-' Imam 1' sekolah yang memberi kerja sama dan dorongan.
3- Dr. Basheer from Universiti Southampton, United Kingdom seponsor banting dan jamuan guru
4- Tetamu undangan ( perasmi program ) Tuan Hj. Ridzuan bin Abd. Ghani sudi hadir.
5- Ketua Panatia Diniah, Ustazah Normala Ahmad yang takut-takut tapi cemerlang.
6- Semua ustaz-ustazah yang memerah keringat dan tenaga.
7- Semua warga Sekolah yang memberi kerja sama. Moga terus diberkati.
8- Semua penyumbang dalam apa jua bentuk yang buat secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

Terima kasih daun keladi, bantuan anda semua dihargai.

Tazkirah buat diri sendiri :

Firman Allah S.W.T : “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: 183)

Ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Fikir-fikirkanlah, selamat beribadah.
Orait, Adios!

MC Mantop, Ustaz Hatta Abu Bakar












Majlis diperdengarkan dengan bacaan ayat suci berkaitan puasa.

















 Tetamu perasmi diapit oleh 'Imam 1' dan 'Imam 2' sekolah.














Tuan Hj. Ridzuan bin Abd. Ghani berucap bagi merasmikan majlis














Gimik perasmian, ketuk ais. Buliten 'Cahaya Ramadan' dilancarkan.












Murid-murid berlumba memenuhkan tabung Infak Ramadahan












Imam 2 sekolah menerima watikah tadurs al-quran












Penuh sopan santun benor Cikgu Displin, Ustaz Aminuddin Samad. Macam salam penuh makrifat.












                                              Ustazah   Normala  Ahmad, takut-takut tapi   berani  . Memang cemerlang ko ante!
 
Emmm, owner pun nak interperem juga.












Akhir majlis semua warga sekolah dapat bubur lambuk. Memang sodap.

Tuesday 17 July 2012

:: Cobaan ::

Assalamualaikum w.w

Marhaban Ya Ramadan

Memang hidup kita penuh dengan ujian, Itu memang fitrah kejadian dan janji Allah. FirmanNYA : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3)

Anak-anak tahun 6, hari ini diadakan peperiksaan percubaan UPSR. Dijalankan serentak seluruh negeri Melaka. Didoakan moga berjaya.  Jangan stress dan takut. Ujian hanya menguji kefahaman dan kesungguhan kita selama ini sebelum tiba hari yang sebenar. Kemudian dari ujian percubaan itu, perbaiki kelemahan demi kejayaan masa depan.

Sewajarnya apa yang kita perlu takut dan risau adalah ujian yang datang dari Allah. Adakah kita berjaya nanti masuk ke 'Asrama Penuh' ( syurga ) atau sebaliknya.

Orait, Jumpa lagi
Adios.














Mulakan dengan Bismillah.

                                Calon sekolah seramai 96 orang.                                














Moga semuanya berjaya, Amin.

Saturday 14 July 2012

:: Alhamdulillah, Selesai ::

Assalamualaikum w.w

Salam Marhaban Ramadhan.

Setelah melalui dua kali mesyuarat bagi mengadakan dan menjayakan program solat hajat siri 2 pada 13hb Julai malam ( malam tadi ),  Alhamdulillah telah berjaya dijalankan walau pun sedikit lari dari perancangan yang telah di rancang.

Benarlah FirmanNYA yang sering kita terlupa, kita merancang Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah jua yang yang sebaik-baiknya. Ditakdirkan pagi Jumaat hari kejadian, hujan turun tanpa henti bermula sekitar jam 4 pagi hingga ke tengah hari. Sampaikan saya ke sekolah juga lewat. Maklumlah 'BMW' saya tidak berbumbung.

Ahli jawatankuasa kerja sudah mula risau dan rungsing. Lantas itu plan B terpaksa di buat. Khemah yang di pasang untuk solat dan bacaan yassin dijadikan tempat makan manakala kelas ( dewan ) dijadikan tempat solat dan bacaan yaasin. Maka hasil dan berkat kerja sama yang diberikan oleh warga sekolah majlis dapat dijalankan dengan baik dengan jayanya.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua yang telah memberikan komitmen yang tinggi sama sumbangan buah fikiran, tenagan mahu pun wang ringgit. Tanpa kalian tidak mungkin majlis ini berjaya. Terutama kepada penaja-penaja utama seperti Air, Kambing Golek, kismis dan yang lainnya.

Special thank's to :
1- Young entrepreneurs KSoton, Dr. Basheer from Universiti Southampton, United Kingdom.
2- Tuan Haji Ali yang sudi berurusan dengan akad 'sewa sedekah'
3- Ustaz Yusrie Yusof dan team Darul Syiffa' yang sudi hadi dan mengetuai bacaan Yassin
4- Ustaz Abdullah, parent tahun 6 yang mengimamkan solat magrib, isyak dan solat hajat.
5- Tuan Mazlan Hashim ( Sponsor Air ), dari Kilauan Permata Merah Trading.
6- Puan Hajah Ramlah, PIBG Sekolah.
7- Warga Sekolah yang memberi kerja sama. Moga terus diberkati.
8- Semua penyumbang dalam apa jua bentuk yang buat secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Sekali saya ucapkan terima kasih daun keladi, lain kali pasti saya minta tolong lagi.
Orait, jumpa lagi
Adios.

'Imam 2' Sekolah ( GPK 1 ) Menentukan Arah kiblat.











Anak-anak tahun 6 turut membantu membuat persedian awal











Salah seorang ustaz Darul Syiffa' sedang membuat persediaan.












Ya Allah, Kami mohon padaMu dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk.










Kambing golek, mmg terbaik!















Thursday 12 July 2012

:: Helping Hands [ Solat Hajat Perdana Siri 2 ] ::

Assalamualaikum w.w

Jumpa lagi,
Alhamdulillah dapat jumpa lagi, panjang umur.
Ya Allah Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah usia kami pada bulan Syawal.

Kesempatan ini saya ingin bercerita tentang projek 'Helping Hands' yang telah saya sebutkan dalam poisting2 yang lalu. Dengan hampirnya waktu Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, Insya' Allah dengan ketentuan Allah jua saya  sekali lagi telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai penyelaras solat hajat perdana siri 2.

Insya' Allah akan di adakan pada hari Jumaat 12 Julai 2012, sekali dengan majlis menyambut Ramadhan. Jika tidak ada yang menghalang, izin dari Allah jua pihak jawatan kuasa bersetuju bagi menjemput team Darul Syifa' datang bagi menambah keberkatan majlis.

Biasalah bila mengerakkan sesuatu program, kewangan juga yang menjadi perkara utama. Kata-kata yang biasa kita dengar, " No Money, No Talk". Jadinya saya dengan berkat usaha team jawatan kuasa solat hajat siri 2 berusaha juga ingin menjayakan program ini.

Kami berusaha mencari dana dan sumber kewangan bagi menjayakan kewangan. Dengan niat bekerja itu ibadah dan demi mencari pahala buat bekalan di sana.

Moh kita sama-sama jayakan dan sumbangkan apa yang termampu.
Adios.

 Terima kasih kepada Tuan Haji Ali Haji Hashim atas kemuliaannya memasang khemah awal. Kami berakad 'sewa sedekah'. Didoakan murah rezeki dan panjang umur.