Tuesday 28 February 2012

:: Helping Hands v2 ::

Assalamualaikum w.w

Salam ketemu kembali

Last time tulis tentang projek Helping Hands, bahasa mudah buat kerja amal. Membantu pihak memerlukan. Lama tak menulis sebab, exam semester ( exam mood ). Now, Alhamdulillah exam selesai. Boleh  sambung story balik  tentang 'Helping Hands'

So, for this entry I nak cerita sikit about this projek. Saya cuba melatih diri dan keluarga sambil mengajak pembaca untuk memberi bantuan serta pertolongan yang boleh diberikan. Bukan mudah juga nak beri bantuan dan sumbangan di masa sekarang. Zaman kejar-mengejar ( rushing ). Zaman touch n go ( suami balik kerja, isteri keluar pula kerja malam atau sebaliknya ). Zaman barang naik, Naik memanjang. Hujan sahaja yang turun. Zaman tak cukup belanja. Kekadang nak sedekah kat tabung mesjid hari jumaat pun susah. Walhal, sedekah tak perlu banyak, yang penting sedikit tetapi konsisten ( istiqomah arab cakap ).

Jadinya, I mengambil jalan kita tak mampu beri sumbangan banyak berupa material atau sebagainya. Why not, kita buka lorong dan jalan. Sumbangan amal melalui idea dan usaha cari mana-mana pihak yang punyai kemampuan yang lebih untuk beri sumbangannya ( kewangan atau barangan ) demi masa depan ( akhirat ) yang cemerlang dan terbilang.

Secara tidak langsung sama-sama dapat pahala untuk bekalan di akhirat sana. Alhamdulillah projek ini telah berjalan .dari tindakan suka-suka membantu. Tahun lepas I dengan bantuan kekawan dapat bantu seorang murid  belikan cermin mata. Murid tersebut kurang berkemampuan tetapi punyai potensi untuk berjaya. Setelah disiasat melalui data murid dan siasatan memang wajar dibantu. Alhamdulillah beliau dapat belajar dengan selesa.

Pada mulanya, I and my freinds buat kerja sembunyi-sembunyi. Sekadar suka-suka. Tetapi setelah terbaca satu hadis tentang berbuat kebaikan kemudian orang lain ikut kita akan dapat pahala I tak nak dah sorok-sorok. Bukan nak riak dan bangga diri. Minta jauh dari sifat Mazmumah tersebut. Jadinya, why not perkara baik kita kongsi bersama. Bantuan dan sumbangan yang sedikit kalau ramai yang menyumbang dan memberi dapat banyak lagi kerja-kerja amal yang dapat dilakukan. Gajarannya meluas, Insya' Allah. Amin.

Setakat nie dulu, nanti I cerita projek terkini yang telah berjaya dibuat dan berjalan dengan baik
Thank's sudi membaca.

Adios
[ srajp/28.2.12/10.17 am ]

Friday 10 February 2012

:: Helping Hands ::

Assalamualaikum w.w

salam penghulu segala hari,
Hari penuh barakah dan rahmatNYA.

Sebagai iftitahnya, suka saya membawa satu mahfum hadis Nabi berkaitan sedekah yang mana apabila mati seorang anak Adam, terputus segala amalannya kecuali 3 pekara. Pertama, anak yang soleh yang senantiasa mendoakannya. Kedua, sedekah jariah yang mana berpanjangan pahalanya dan yang ketiga Ilmu yang memberi menafaat.

Hadis yang biasa kita dengar dan mudah difahami. Tentang sebuah kematian yang pasti. Dan kita tahu kehidupan di alam barzakh sebelum hari penghakiman. Segala yang kita punyai di dunia tidak ada menafaat dikala itu. Baik pangkat kedudukan, mahu pun harta yang melempah ruah. Dibawa bersama hanya kain kafan yang putih warnanya.

Tapi Allah jua yang maha Pengampun dan Maha luas Rahmatnya. Jika hadamkan maksud hadis diawal tadi, kita akan berlumba-lumba mengambil ruang dan tempat di mana yang boleh kita dapat pahala serta rahmat Allah.

Seperti saya yang tidak punya anak ramai lagi ( akan usaha ), mengharap anak yang ada menjadi anak yang soleh dan solehah, amin. Tidak punya harta yang banyak untuk mengambil peluang bersedekah jariah. Adalah sikit-sikit itu pun kadang kala. Punyai Ilmu yang tak seberapa berbanding Ilmu yang Maha Luas. Tetapi saya berusaha untuk mengambil ruang dan tempat diantara 3 pekara yang Nabi sebutkan tadi.

Mengharap pada Ilahi agar amalan yang dilakukan diterima sebagai Ibadah dan diterima olehnya pada hari kemudian.

Dengan itu muqaddimah itu, saya mengajak diri sendiri dan saudara pembaca untuk menjayakan projek ' Helping Hands'. Bantu membantu sambil menabur benih pahala yang akan dituai dikehidupan di sana...( bersambung, exam mood )

Monday 6 February 2012

:: Warna-warni Maulid ::

Assalamualaikum w.w

Just to share warna-warni sepanjang perarakan Maulidur Rasul. Karang bila tak ada bahan entry ( alasan ), bersawang dibuatnya. 

Terbaik dari ladang, kali ini sambutan berkonsep kekitaan dan keramaian penyertaan. Pertandingan kontijen pun hanya dikira dari sudut keramaian dan kecantikan banner. Sepanjang lalun masyarakat setempat keluar ditepi - tepi jalan melihat dan mana yang surau berdekatan jalan akan berselawat bersama ahli kariah.

Selain dari itu, ada yang infak makanan dan minuman di sepanjang laluan perarakan. Memang terbaik!. Walau pun panas mentari terik membahang, keranamu Rasulullah diharungi jua berbandiang mehnah dan tribulasi yang Rasulullah hadapi.

Dikesempatan ini, special thank's to :
Ustaz Saufi Yusuf (GPK1), memang terbaik. Kepimpinan melalui tauladan
Bilik guru lelaki yang tolong buat papan tanda nama
Ustaz Hatta Abu Bakar, uruskan banner
Kekawan guru Dinniah, yang sporting
Dan mana-mana yang membantu secara sembunyi atau terang-terangan.
Thank you daun keladi, lain kali tolong lagi.

Beberapa gambar yang sempat di'snap'. 




 Sebahagian banner kontijen yang telah tiba.

Puteri SRAJP, bakal generasi mujahidah masa depan

Adik-adik pondok Ustaz Fuad pun join sama

 Pandangan dari belakang, kontijen yang telah tiba awal

Sebahagian Kontijen...lokasi Jambatan Hang Tuah

 Demi Rasulullah, Menahan tiupan angin, bukan anak panah.

 Sebahagian supporters..Lokasi bawah Flyover Mesjid Al-Azim

"errr"...Nikon P300 f/1.8 lens 

Sikap yang tidak mencontohi Rasulullah

 Sampah ditinggalkan selepas menikmati jamuan rakyat

 Orait tu jer.
 Adios.

:: Salam Maulidur Rasul 1433H ::

Assalamualaikum w.w

Harap tidak terlewat nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1433H. Saban tahun tradisi di Malaysia bila tiba tarikh keputeraan Baginda SAW maka pelbagai program dirancangan bagi mennyatakan kecintaan kepada Nabi yang membawa rahmat sekelian Alam.

Bermula dari perarakan sambutan, karnival Islam hinggalah ceramah di mesjid-mesjid di merata tempat. Kekadang sudah menjadi adat. Tetapi yang sedihnya bila habis sahaja bulan Rabi'ul Awal, yang mana melaungkan selawat dan salam serta pujian kepada Nabi berlalu begitu sahaja sebaik berlalunya bulan Rabi'ul Awal.

Sewajarnya instiqomah diperlukan kecintaan kepada Rasul Jungjungan Muhammad SAW harus dibuktikan didalam amalan kehidupan. Nabi adalah sebaik-baik umat dan sebaik-baik ikutan dan contoh kehidupan.

Itu baru intro, cerita pasal sambutan Maulidur Rasul saya tahun ini mendapat arahan dari pentadbiran untuk membawa murid turut serta dalam perarakan Mauidur Rasu peringkat Negeri Melaka. Mula- Mula terkejut juga sebab tidak ada pengalaman selain mendapat 'arahan' yang agak lambat. Akhirnya atas bantuan-bantuan kekawan dapat juga bawa dengan persiapan ala kadar. Tapi yang seronoknya anak-anak murid memberi kerja sama dengan baik, yang paling baik dan terbaik full support dari Guru Penolong Kanan 1 ( GPK 1 ) siap bawa anak-anaknya bagi memberi semangat kat kami. Thank's GPK 1, memamg terbaiklah.

Secara ringkasnya, tahun ini perarakan bermula dari Stadium Kubu, Jalan Hang Tuah dan berakhir di Kompleks MAIM, Bukit Palah. Lebih kurang 193 kontijen dan 11 ribu lebih peserta. Jauhnya  lebih kurang 3 km lebih. Tetapi jauhlah bagi siapa yang tak pernah berjalan.  Jauh-jauh terubat juga dengan semangat anak-anak murid dan orang ramai. Jauh terasa dekat, dapat juga menamatkan perarakan hingga tamat. Bersebelahan Kompleks MAIM, adalah Mesjid Al-Azim, mesjid negeri diadakan jamuan rakyat yang disediakan oleh 6 kawasan parlimen di negeri Melaka. Memang meriah. Lauk dan masakan cara orang-orang lama. Cara kampung. Kembali kepada tradisi lama. Terbaiklah.

Orait, tu sahaja coretan saya.
Adios.

Baru tiba dilokasi, menyusun anak-anak murid

 Sepanduk SRAJP

 Ustaz Saufi memang terbaik

 Steady SRAJP

 Bergilir dengan anak murid.

 Kepimpinan melalui tauladan, terbaik!

Fuhh!, lega sampai jua akhirnya

 Melepaskan kepenatan, menikmati jamuan rakyat.