Monday 27 August 2012

:: Kembali ::

Assalamualaikum w.w

i.
Setelah seminggu bercuti raya, hari ini kembali normal. Kembali meneruskan tugasan harian. Anak bermula sekolah. Ayah dan Ibu bermula masuk kerja. Menyambung tugasan mencari rezeki. Bermula hari-hari yang mem'busy'kan.

Pepagi sudah kena bangun menyiapakan apa yang perlu. Lupa dahulu seketika soal raya. Bila dah masuk kerja fokusnya tentu tugasan pejabat yang telah lama ditinggalkan. Mesti pening kepala. Ambil 'mood' untuk panaskan 'enjin' bekerja. Masih mood raya katanya.

Apa-apa pun buat semua, Alhamdulillah kita semua dipanjangkan umur. Diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan tugasan harian dan yang penting tugasan hakiki kehidupan sebttaagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Insya' Allah.

ii.
Pagi tadi bangun tidur ketika tengah bersiap untuk berkerja, bukalah radio walau pun jarang sebenarnya buka radio waktu pagi. Maklumlah mengejar masa. 

Buka siaran terus ada rancangan motivasi pagi cerita bab' Tegur'. Memang memberi kesan juga walau hanya pendek sahaja isi motivasi pagi tu.

Ingin berkongsi di sini, bagaimana amat sedikit orang yang bersedia menerima teguran. Kekadang ego membelenggu diri. Malu di tegur. Kalau orang atasan pula lebih tahu dari bawahannya. Orang pandai katannya mengaji tinggi dari yang menegur. Begitulah sebenarnya.

Walhal, bila teguran diberi sebenarnya punyai hikmah paling besar. Dengan teguran itu kita dapat menyedari kesalahan diri. Jika tidak kita akan terus membuat salah.

Islam juga menganjurkan tegur menegur. Berpesan ke arah kebaikan.

iii.
Today juga adalah birthday boy buat anak sulong saya. Diam tak diam saya anak sulong dah berusia 10 tahun. bermakna juga perkahwinan saya masuk satu abad.

Kata orang, nak tengok kita sedar akan peningkatan usia lihatlah anak-anak yang membesar. Maka kita akan dapati bahawa umur kita bertambah. Senang kata dah tua ler.

Buat Along, walid doakan Azzam menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan anak yang soleh. Berjaya dunia dan akhirat.

 Cepat masa berlalu. Meningkat dewasa.












Ummi yang sabar selalu.













Sambut di Pizza hut, rasa pizza baru Aidilfitri Edition.














Sungguh menyelerakan...














Ketemu kita lagi
Salam lebaran
Adios.

Sunday 19 August 2012

:: Salam Syawal Salam Kemenangan ::

Assalamualaikum w.w

Salam syawal.

Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa. Hari ini masa yang ditunggu-tunggu fajar syawal menyinsing tiba. Syawal yang dikatakan bulan kemenangan. Kemenangan dari  dari jihad yang yang paling besar. Jihad melawan hawa nafsu

Namun begitu sebagai muhasabah diri, sejauh mana kita menang di dalam jihad peperangan besar ini. Sebulan puasa, adakah kita berpuas hati dengan amalan ibadah kita dalam sebulan. Apakah benar-benar kita dapat merebut peluang seperti yang dijanjikan. Bulan ibadah, bulan muhasabah, bulan keampunan dan bulan pelepasan dari api neraka.

Apakah ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sudah. Atau ramadan kita biasa-biasa sahaja seperti tahun-tahun sudah. Hanya kita yang mengetahui bagai mana kita dalam menjalani ibadah puasa dalam sebulan. Dengan pergi ramadan, adakah kita menyesali dan menangisi pemergiannya.

Moga - moga kita beroleh kemenangan. Kemenangan dalam perang jihad melawan hawa nafsu. Paling besar kemenangan melawan kebatilan dalam diri dan luaran. Menang melawan nafsu jahat yang yang suka kerosakan, nafsu yang suka kemaksiatan dan sebagainya.

Dikesempatan ini, saya dan keluarga poksyeikh mohon ribuan kemaafan kepada semua penjenguk poksyeikh. Maaf zahir batin. Halalkan minum makan mana yang suka belanja poksyeikh. Maafkan kiranya terkasar bahasa. Terlebih gurau dalam pergaulan. Maaf dipinta 0-0.

Sekian
Salam syawal
Salam kemaafan
Salam kemenangan
[ Skudai / Rumah MIL / Sesudah subuh ]

Kami berdua mewakili keluarga poksyeikh, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf  zahir dan batin. Kullu Am Wa Antum Bi Khair.

Tuesday 7 August 2012

:: [ Bergambar ] Berkat Ramadhan ::

Assalamualaikum w.w

Hari ini diam tidak diam kita berpuasa telah masuk kepada semester ke dua berpuasa. Seperti apa yang dipesan oleh Nabi junjungan yang bermaksud: Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya) pembebasan dari api neraka.

Harapannya moga kita mendapat dan mengejar sebanyak mana amalan yang dijanjikan di bulan barakah ini.
Bulan lain dari yang lain. Bulan yang amat teristimewa.

Kesempatan ini saya hanya nak share apa yang telah dilakukan di bulan ramadan. Berkat bulan ramadan berlipat kali ganda ganjarannya. Saya bersama kekawan team 'Dinniah' ( Agama ). Mengurusakan beberapa program. Antaranya adalah program sedekah tahlil arwah dan infak ramadan untuk anak yatim.

Berkat dari bulan ramadan dan kemurahan sedekah dari ibubapa murid sekolah, Alhamdulillah dapat mengumpulkan sejumlah derma dari para dermawan. Mengikut pecahannya kami mendapat lebih kurang RM2900/- bagi sumbangan tahlil arwah. Manakala anak-anak yatim mendapat sumbangan lebih kurang RM2500/- ( Jumlah sebenar akan dimaklumkan )

Sehubungan dengan itu juga, pihak team 'Dinniah' telah mengadakan suatu mesyuarat bagi mengurus tadbir sedekah dan sumbangan para dermawan. Maka hari ini satu mensyuarat telah diadakan dihadiri oleh para pentadbir sekolah dan mensyarat dipengerusikan oleh saya sendiri.

Antara agendanya adalah memutuskan sedekah anak yatim yang telah diterima. Oleh kerana ahli mesyuarat adalah dikalangan para ustaz dan ustazah. Segala permasalah yang timbul dapat diselesaikan dengan tutas bersandarkan dalil dan hujah syarak.

Paling menarik dapat ilmu baru yang dibentangkan oleh Ustaz Hatta Abu Bakar. Satu adalah kaedah Usul Fiqh, " Adat sesuatu tempat menjadi hukum. Satu lagi ilmu, " Apabila sempit sesuatu urusan, Islam perluaskan. Perkara ini timbul kerana bagi memberi penjelasan tentang definasi anak yatim sebenar. Sebab mengikut rekod sekolah ada yang kematian ibu atau salah satunya.

Alhamdulillah, oleh kerana kita bukan banyak harta. Ingin derma banyak tidak  ler. Harta adalah sikit cukup buat makan hari-hari. Tapi dengan cara lain, sumbangan idea dan tenaga yang dapat menjayakan program ini.

Duit derma yang dapat telah ditukar kepada wang kertas Ringgit Malaysia baru.











Ustazah Hidayati Payate selaku orang yang bertanggung jawab mengurus dan menyimpan wang derma ini buat sementara waktu. Sibuk kira duit yer ante. Baru sikit dah poning!








Persediaan awal sebelum di serahkan kepada anak yatim SRAJP.













Tu jer.
Jumpa lagi
Adios.

Monday 6 August 2012

:: Ujian ::

Assalamualaikum w.w

Salam Nuzul Quran
Salam Badar Kubro

Bila menyebut tentang ujian, sudah pasti kita sebagai orang yang beriman tidak terlepas dengan ujian. Sama ada ujian dalam kehidupan hari-hari atau ujian di dalam pembelajaran. Itu memang sudah termaktub dalam Al-Quran.

Cerita tentang ujian, saya memang sedang menjalani ujian a.k.a exam atau imtihan semester akhir di tahun akhir pengajian. Alhamdulillah segala ujian dalam pengajian akan berakhir tidak lama lagi. Exam bermula 04/08/12 jam 2.00 ptg satu paper dan paper last pada 11/08/12 nanti. Mencabar betul exam dalam puasa. Memang betul-betul diuji.

Sahabat Rasulullah juga diuji di dalam bulan puasa. Dalam peristiwa perang Badar yang berlaku dalam bulan ramadan. Ujiannya lagi hebat. Berperang melawan musuh dengan keadaan kelengkapan yang tidak cukup. Tetapi keimanan yang tinggi. Keyakinan yang jitu kepada Allah. Akhirnya berjaya di dalam ujian. Kemenangan di dalam peperangan. 

Moga saya juga mendapat seperti mana sahabat dapat. Dapat mengecapi kejayaan dari ujian yang di lalui.

Berikut saya sertakan sedikit perkongsian tentang ujian. kredit @ muslimeen-united.

Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

Al Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

Al Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

Al Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

Al Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

Al Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

Al Quran Menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

Al Quran Menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

KESIMPULANNYA

Firman Allah maksudnya :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)


Anak perempuan saya tengah menunggu azan magrib. Dok dekat pintu dapur, sabar melalui ujian / latihan puasa. 












Orait, ketemu lagi
Adios!