Monday 15 October 2012

:: Katak Oh Katak ::

Assalamualaikum w.w

Lama bebenor tak mengisi blog nie. Pada hal banyak jer yang boleh diisi dan boleh dijadikan cerita. Tetapi kerana dek kekangan dan di kejar tugasan yang bertimpa dan ditambah dengan sikap...itu yang peribahasa kata nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Hari nie, ada LADAP di Sekolah. Belajar sistem katak. Frog VLE. Transformasi pendidikan katanya. Cuma yang tak berapa best ada satu lagu kanak-kanak, katak oh katak kenapa engkau panggil hujan macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku. 

Versi Frog VLE, katak oh katak kenapa engkau tak timbul, macam mana aku nak timbul wifi tak panggil aku. Maklumlah ada 51 cikgu the same time akses sekali. Macam mana tak sesak lalu lintas. Faham jerlah.

Harapnya sistem katak ini menjadi kenyataan. Betul-betul memenuhi aspirasi trasformasi pendidikan yang diharapkan.  Harapnya...

Tekun meneladani 'benda' baru

Dashboard...'papan muka', betul ke?

Katak dah tak duduk bawah tempurung beb...

Ok, See u
Ila liqa'
Adios!