Saturday 11 June 2011

:: Aku-aku , Kamu-kamu ::

i.
Senario kehidupan

Seawal pagi sudah bangun, Si ibu bergegas ke dapur untuk menyiapakan sarapan pagi, Si Ayah membantu mengejutkan anak-anak bersiap ke sekolah. Anak-anak yang sudah terbiasa akan bangun terus mandi dan bersiap dengan pakaian sekolah. Bagi Anak ramai Abang long dan Kak Long membantu adik-adik bersiap. Itu yang mempunyai kerjasama. Bagi Ayah dan Ibu yang bekerja mengikut shif, faham-faham sahajalah suasananya. Selagi si anak tidak keluar rumah untuk ke sekolah . Maka si Ayah atau Ibu akan bagai lipas kudung mengejar waktu menyiapkan apa yang perlu.

Bila petang lain ceritanya, Bila anak-anak sudah semuanya pulang dari sekolah. Si Ibu yang masih tersekat dengan kesesakan lalu lintas sudah mula risau. Apa hal keadaan di rumah. Mahu menyediakan makan malam. Si Ayah pula sudah terfikir tugas lepas waktu pejabat. Menghantar anak pergi mengaji, tuisyen dan mengambilnya pulang. Ibarat buat part time tak berbayar. Pemandu anak-anak.

Bila waktu mengenjak malam, Si Ayah dan Ibu keletihan. Si Ibu masih punyai tugas. Mengemas rumah mana yang perlu. Mengosok baju kerja untuk Ayah dan dirinya serta anak-anak untuk esok. Itu bagi yang bekerja. Semunya mahu disiapkan seawal mungkin. Agar esok tidak terlewat ke tempat kerja dan anak tidak lewat ke sekolah.

Hujung minggu lain ceritanya. Waktu cuti dua hhari digunakan secukupnya. Mencari waktu mengemas rumah, membasuh baju, melipat baju yang menimbun-nimbun, berbelanja itu persiapan seminggu dan sebagainya. Ini senario bagi orang yang  tidak punyai ‘bibik’. Sekiranya ada ‘bibik’ lain ceritanya. Kurang sedikit kesibukan.

ii.
Senario semasa.

Bila disingkap senario kehidupan harian. Itulah yang boleh digambarkan. Hidup di waktu ini terkejar-kejar. Apatah lagi hidup di bandar besar atau di desa. Senarionya sama. Dunia dah berubah. Dulu lain sekarang lain.

Senario inilah yang akhirnya akan menimbulkan suasana, ‘aku-aku, kamu-kamu’ sebabnya suasana intraksi kurang berlaku. Mana tidaknya keluar awal pagi, pulang waktu lewat petang. Bila dan masuk rumah. Tugas sudah menunggu.

Kerana dek tuntutan kehidupan. Terpaksa atau memaksa diri melakukannya. Bagi yang pandai pengurusan masa, dilalui dengan penuh displin dah tabah. Mana yang tidak punyai pengurusan masa yang baik, redah sahaja asalkan mencapai apa yang dihajati.


Apa jua keadaan kena hadapi. Tidak boleh dielak atau lari dari keadaan. Keadaan memang menuntut begitu. Pagi hari sebelum mentari terbit sudah keluar rumah, pulang bila mentari sudah tiada. Itulah rutin harian.
Bila sudah begitu tuntutannya, akhirnya suasana kehidupan sosial yang kondusif hilang. Wujud sikap keakuan. Dengan erti kata yang lain, ‘aku-aku, kamu-kamu’. Satu suasana yang tidak baik dan bagun dalam kehidupan masyarakat.

Disaat masyarakat kini dihimpit masalah dan kebejatan yang terlampau. Lebih dahsyat dari zaman kegelapan sebelum kedatangan Islam. Sudah tentu sikap demkian pastinya memburukkan keadaan. Kita perlu ingat pesan Rasulullah, petunjuk sepanjang zaman dalam sabdanya yang bermaksud: “Bukan dari kalangan ummatku sekiranya kamu tidak ambil peduli hal keadaan urusan saudara muslim kamu”.

Apabila suasana keakuan berlaku, maka secara tidak langsung suasana ‘amal makruf nahi mungkar’ tidak wujud dan tidak berlaku.

Allah telah memberi peringatan kepada kita betapa pentingnya ‘amal makruf nahi mungkar’ dan dengan membuat kerja membuat kerja-kerja ‘amal makruf nahi mungkar’ menjadi ummat terbaik. Firmannya dalm surah Al-Imran ayat 110 yang bermaksud, : “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Dan Apabila suasana keakuan itu wujud dan tebal dalam masyarakat, hasilnya dapat kita lihat apa yang berlaku kini. Masalah sosial terlampau disemua lapisan umur. Masalah remajanya yang tidak berhenti-henti., seks bebas, Pembuangan bayi dan pelbagai lagi. 

Apa yang berlaku ini adalah akibat dari sikap, ‘aku-aku, kamu-kamu dalam masyarakat. Sedang Allah dan Nabi ajarkan supaya kita saling tegur menegur dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

No comments:

Post a Comment