Wednesday 22 June 2011

:: Dalam Diriku Ada Kamu ::

Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting. Kerana dengan pendidikan dan didikan Islam yang betul pastinya dapat membuahkan hasil yang baik.

Dewasa ini, kita lihat pusat-pusat asuhan kanak-kanak merata tubuh bak cedawan selepas hujan. Khalifa Comel, Genius Aulad, Pasti adalah nama-nama yang sudah lama bertapak dan mendapat tempat di hati ibubapa. Rata-rata Ibubapa masa kini memilih aliran sekolah yang punyai teras agama sebagai mata pelajaran disamping Bahasa Inggeris.

Sesungguhnya, di kala ini suasana dan persekitaran amat mencabar di dalam membesarkan anak-anak. Zaman sudah berubah. Maka cara didikan juga sudah berubah. Ibubapa perlu mencar ilmu keibubapan ‘parenting knowledge’ sebagai bekalan dan panduan di dalam mendidik anak-anak.

Di dalam pendidikan awal anak-anak, perlu ditekankan betapa Allah lekat dihati mereka. Ibarat orang bercinta yang dilakarkan dalam bait lagu, ‘ dalam diriku ada kamu’. Biarlah anak-anak dilatih bercinta dengan penciptanya. Dengan itu anak-anak senantiasa dekat dengan Allah dan senantiasa waspada dalam tingkah lakunya di dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi Junjungan Muhammad SAW yang maksudnya, awal agama mengenal awal. Jadinya diterapkan dan ditanam dalam hati sanubari anak-anak dari kecil akan betapa Allah yang menjadi pencipta senantiasa dihati.
Ini kerana dengan keadaan zaman yang penuh dengan tipu daya, penuh dengan kebejatan akhlak dan tingkah laku. Kita seharusnya mempersiapkan diri anak-anak dengan asas agama yang kukuh dan teguh. Apabila anak-anak tahu bawa dirinya senantiasa dalam perhatian sang pencipta sudah tentu kegusaran hati ibubapa terhadap anak-anak pastinya dapat diredakan.


Apabila anak-anak itu meningkat dewasa, sejak kecil sudah terlatih dan biasa dengan kata-kata, ‘dalam diriku ada kamu’ pastinya anak-anak itu takut untuk menyeleweng untuk melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Mereka akan jujur di depan ibubapa atau pun di belakang ibubapanya. Mereka tahu bahawa Allah Maha Melihat dan mengetahui.

Dewasa ini, sering kita dikejutkan dengan berita-berita kerosakan akhlak dan displin anak-anak remaja diperingkat semua lapisan umur. Kedengaran ada anak-anak yang didepan ibubapa baik dan sopan santun. Tetapi di belakang pengetahuan ibubapa mereka melakukan sesuatu yang menjadi kesalahan kepada agama Islam dan ada budaya timur.
Sebab itu kata-kata, ‘dalam diriku ada kamu’ harus ditanam dan disuburkan dalam diri anak-anak sejak kecil agar apabila mereka dewasa mereka boleh mebawa diri dalam apa jua keadaan mehnah dan tribulasi kehidupan yang semangkin mencabar dan tercabar.

Setiap ibubapa sudah pastinya menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah menjadi penyejuk mata dan hati yang akhirnya kehidupan berumah tangga mendapat keredhaan Allah.

Sepeti mana maksud firman Allah di dalam surah Al-Furqan  ayat 75, " Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat ) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa.

No comments:

Post a Comment