Friday 10 February 2012

:: Helping Hands ::

Assalamualaikum w.w

salam penghulu segala hari,
Hari penuh barakah dan rahmatNYA.

Sebagai iftitahnya, suka saya membawa satu mahfum hadis Nabi berkaitan sedekah yang mana apabila mati seorang anak Adam, terputus segala amalannya kecuali 3 pekara. Pertama, anak yang soleh yang senantiasa mendoakannya. Kedua, sedekah jariah yang mana berpanjangan pahalanya dan yang ketiga Ilmu yang memberi menafaat.

Hadis yang biasa kita dengar dan mudah difahami. Tentang sebuah kematian yang pasti. Dan kita tahu kehidupan di alam barzakh sebelum hari penghakiman. Segala yang kita punyai di dunia tidak ada menafaat dikala itu. Baik pangkat kedudukan, mahu pun harta yang melempah ruah. Dibawa bersama hanya kain kafan yang putih warnanya.

Tapi Allah jua yang maha Pengampun dan Maha luas Rahmatnya. Jika hadamkan maksud hadis diawal tadi, kita akan berlumba-lumba mengambil ruang dan tempat di mana yang boleh kita dapat pahala serta rahmat Allah.

Seperti saya yang tidak punya anak ramai lagi ( akan usaha ), mengharap anak yang ada menjadi anak yang soleh dan solehah, amin. Tidak punya harta yang banyak untuk mengambil peluang bersedekah jariah. Adalah sikit-sikit itu pun kadang kala. Punyai Ilmu yang tak seberapa berbanding Ilmu yang Maha Luas. Tetapi saya berusaha untuk mengambil ruang dan tempat diantara 3 pekara yang Nabi sebutkan tadi.

Mengharap pada Ilahi agar amalan yang dilakukan diterima sebagai Ibadah dan diterima olehnya pada hari kemudian.

Dengan itu muqaddimah itu, saya mengajak diri sendiri dan saudara pembaca untuk menjayakan projek ' Helping Hands'. Bantu membantu sambil menabur benih pahala yang akan dituai dikehidupan di sana...( bersambung, exam mood )

No comments:

Post a Comment