Monday 6 February 2012

:: Salam Maulidur Rasul 1433H ::

Assalamualaikum w.w

Harap tidak terlewat nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1433H. Saban tahun tradisi di Malaysia bila tiba tarikh keputeraan Baginda SAW maka pelbagai program dirancangan bagi mennyatakan kecintaan kepada Nabi yang membawa rahmat sekelian Alam.

Bermula dari perarakan sambutan, karnival Islam hinggalah ceramah di mesjid-mesjid di merata tempat. Kekadang sudah menjadi adat. Tetapi yang sedihnya bila habis sahaja bulan Rabi'ul Awal, yang mana melaungkan selawat dan salam serta pujian kepada Nabi berlalu begitu sahaja sebaik berlalunya bulan Rabi'ul Awal.

Sewajarnya instiqomah diperlukan kecintaan kepada Rasul Jungjungan Muhammad SAW harus dibuktikan didalam amalan kehidupan. Nabi adalah sebaik-baik umat dan sebaik-baik ikutan dan contoh kehidupan.

Itu baru intro, cerita pasal sambutan Maulidur Rasul saya tahun ini mendapat arahan dari pentadbiran untuk membawa murid turut serta dalam perarakan Mauidur Rasu peringkat Negeri Melaka. Mula- Mula terkejut juga sebab tidak ada pengalaman selain mendapat 'arahan' yang agak lambat. Akhirnya atas bantuan-bantuan kekawan dapat juga bawa dengan persiapan ala kadar. Tapi yang seronoknya anak-anak murid memberi kerja sama dengan baik, yang paling baik dan terbaik full support dari Guru Penolong Kanan 1 ( GPK 1 ) siap bawa anak-anaknya bagi memberi semangat kat kami. Thank's GPK 1, memamg terbaiklah.

Secara ringkasnya, tahun ini perarakan bermula dari Stadium Kubu, Jalan Hang Tuah dan berakhir di Kompleks MAIM, Bukit Palah. Lebih kurang 193 kontijen dan 11 ribu lebih peserta. Jauhnya  lebih kurang 3 km lebih. Tetapi jauhlah bagi siapa yang tak pernah berjalan.  Jauh-jauh terubat juga dengan semangat anak-anak murid dan orang ramai. Jauh terasa dekat, dapat juga menamatkan perarakan hingga tamat. Bersebelahan Kompleks MAIM, adalah Mesjid Al-Azim, mesjid negeri diadakan jamuan rakyat yang disediakan oleh 6 kawasan parlimen di negeri Melaka. Memang meriah. Lauk dan masakan cara orang-orang lama. Cara kampung. Kembali kepada tradisi lama. Terbaiklah.

Orait, tu sahaja coretan saya.
Adios.

Baru tiba dilokasi, menyusun anak-anak murid

 Sepanduk SRAJP

 Ustaz Saufi memang terbaik

 Steady SRAJP

 Bergilir dengan anak murid.

 Kepimpinan melalui tauladan, terbaik!

Fuhh!, lega sampai jua akhirnya

 Melepaskan kepenatan, menikmati jamuan rakyat.

No comments:

Post a Comment