Tuesday 28 February 2012

:: Helping Hands v2 ::

Assalamualaikum w.w

Salam ketemu kembali

Last time tulis tentang projek Helping Hands, bahasa mudah buat kerja amal. Membantu pihak memerlukan. Lama tak menulis sebab, exam semester ( exam mood ). Now, Alhamdulillah exam selesai. Boleh  sambung story balik  tentang 'Helping Hands'

So, for this entry I nak cerita sikit about this projek. Saya cuba melatih diri dan keluarga sambil mengajak pembaca untuk memberi bantuan serta pertolongan yang boleh diberikan. Bukan mudah juga nak beri bantuan dan sumbangan di masa sekarang. Zaman kejar-mengejar ( rushing ). Zaman touch n go ( suami balik kerja, isteri keluar pula kerja malam atau sebaliknya ). Zaman barang naik, Naik memanjang. Hujan sahaja yang turun. Zaman tak cukup belanja. Kekadang nak sedekah kat tabung mesjid hari jumaat pun susah. Walhal, sedekah tak perlu banyak, yang penting sedikit tetapi konsisten ( istiqomah arab cakap ).

Jadinya, I mengambil jalan kita tak mampu beri sumbangan banyak berupa material atau sebagainya. Why not, kita buka lorong dan jalan. Sumbangan amal melalui idea dan usaha cari mana-mana pihak yang punyai kemampuan yang lebih untuk beri sumbangannya ( kewangan atau barangan ) demi masa depan ( akhirat ) yang cemerlang dan terbilang.

Secara tidak langsung sama-sama dapat pahala untuk bekalan di akhirat sana. Alhamdulillah projek ini telah berjalan .dari tindakan suka-suka membantu. Tahun lepas I dengan bantuan kekawan dapat bantu seorang murid  belikan cermin mata. Murid tersebut kurang berkemampuan tetapi punyai potensi untuk berjaya. Setelah disiasat melalui data murid dan siasatan memang wajar dibantu. Alhamdulillah beliau dapat belajar dengan selesa.

Pada mulanya, I and my freinds buat kerja sembunyi-sembunyi. Sekadar suka-suka. Tetapi setelah terbaca satu hadis tentang berbuat kebaikan kemudian orang lain ikut kita akan dapat pahala I tak nak dah sorok-sorok. Bukan nak riak dan bangga diri. Minta jauh dari sifat Mazmumah tersebut. Jadinya, why not perkara baik kita kongsi bersama. Bantuan dan sumbangan yang sedikit kalau ramai yang menyumbang dan memberi dapat banyak lagi kerja-kerja amal yang dapat dilakukan. Gajarannya meluas, Insya' Allah. Amin.

Setakat nie dulu, nanti I cerita projek terkini yang telah berjaya dibuat dan berjalan dengan baik
Thank's sudi membaca.

Adios
[ srajp/28.2.12/10.17 am ]

No comments:

Post a Comment