Sunday 16 December 2012

:: Seminar ::

Assalamualaikum w.w

Salam dihujung cuti,
Salam tunggu gaji,
Salam selamat semuanya.

Diam tak diam, hampir tiba dipenghujung cuti persekolahan. Bagi ibubapa yang punyai anak yang mula masuk persekolahan sesi 2013 dan yang anak sudah sedia bersekolah, sudah mula berkira-kira membuat budjet dan masa untuk belanja barang keperluan dan kelengkapan sekolah. Hanya tunggu gaji masuk mungkinnya. hee..hee

Alhamdulillah juga cuti yang panjang dapat dimenafaatkan menyelesaikan beberapa kerja yang tertangguh dan belum diselesaikan. Inilah peluangnya bagi menguruskan segala-gala kerja yang tertangguh sekian lama, sebelum sesi persekolahan baru bermula.

Disamping itu juga, menimba ilmu diruang masa yang terluang. Alhamdulillah cuti ini saya dapat mengikut satu seminar yang amat berguna dan berilmu. Saya dapat mengikuti 'Seminar Penulisan Islami' bertempat di Auditorium Canselori, UTeM pada tarikh yang orang dok sibuk bangat iaitu 121212 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Penyampai bagi seminar sehari ini adalah dikalangan orang yang hebat-hebat belaka dalam dunia penulisan Islami. Penyampai sesi pagi ialah Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Manakala pada sesi kedua ( petang ) seorang yang selalu keluar di kaca TV dan sudah mempunyai 9 buah buku di pasaran, iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pemilik laman web saifulislam.com. Biodata dan latar belakang saya sertakan dalam gambar pamplet di bawah.

Penyertaan dihadkan kepada 150 orang. Alhamdulillah saya mendapat tempat setelah ditempah awal oleh teman hidup sepanjang hayat. Perserta terdiri dari latar belakang yang pelbagai. Ada dikalangan profesor, Dr, kakitangan dan para pelajar UTeM. Sememangya bermenafaat. Banyak ilmu yang dapat ditimba dari kedua-dua penceramah.

Ustaz Pahrol banyak melontarkan metafora, analogi dan tamsilan ( saya akan kongsikan dalam entry yang lain). Ustaz Hasrizal pula lebih kepada penyampaian teknikal dalam penulisan. Rasanya sehari berseminar tak puas dan tak cukup. Kalau boleh ingin berguru sehabis mungkin. Ingin serap semua yang boleh, sehingga boleh jadi macam mereka berdua. Hebat dalam jihad penulisan.

Sekadarnya perkongsian saya, saya akan kongsikan isi-isi seminar yang sempat saya catat buat perkongsian bersama. Moga beroleh menafaat.
Sekian seadanya.

Latar Belakang Penceramah

Ketika mula bicara

Dapat bertemu mata akhirnya

Ustaz Hasrizal kawan lama. Beliau bermula dari bawah.


No comments:

Post a Comment