Monday 31 December 2012

:: Di Ambang 2013 ::

Assalamualaikum w.w

Salam hujung cuti,
Salam mesyuarat sekolah memanjang,
Salam sesi persekolahan 2013 bakal bermula,
Salam selamat buat semua.

Diam tak diam, cuti akhir penggal persekolahan hampir tiba dipenghujung. Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainnya. 2013 bakal tiba, menyingsing fajarnya. Moga Dengan kedatangan tahun baru 2013 membawa keberkartan, kemurahan rezeki buat kita semua. Bukan setakat rezeki duit, tetapi rezeki sihat, rezeki anak, rezeki kejayaan dalam pelajaran, rezeki naik pangkat dalam kerjaya. Rezeki yang baik-baik buat kita semua.

Pastinya yang berkeluarga, mempunyai anak yang pertama kali masuk alam persekolahan sibuk menguruskan hal berkaitan. Bagi yang sudah 'berderet' anak-anak di alam persekolahan pastinya pening mengurus budjet bagi melengkapkan keperluan dan kelengkapan sekolah. Inilah namanya tanggung jawab. Macam mana dulu ayah dan ibu kita pening menguruskan kita. Hari ini kita laluinya sendiri.

Saya sendiri merasai kepeningan itu. Walau pun tidak 'berderet' anak yang memasuki alam persekolahan tetapi terasa juga kepeningannya. Sebagai bapa sebolehnya ingin menyediakan yang secukupnya. Walau pun bujet kecil, tetapi demi anak-anak yang ingin belajar. Diusahakan juga keperluan dan kelengkapan sekolah. Suasana dan keadaan berbeza dan berubah. Kekadang tidak sampai hati juga, menyediakan buat sekadarnya. Beli yang mana perlu dan pakai yang lana. Tapi yang lama pun dah uzur, singkat dan ketat seperti baju sebagai contoh. Kena beli juga yang baru. Demi anak-anak. Demi memberi semangat untuk anak-anak.

Buat anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan atau yang sudah berada di alam persekolahan. Lihat dan renung-renungkanlah kesungguhan ayah dan ibu dalam menyediakan kelengkapan persekolahan. Mereka tidak berkira dan banyak alasan apa yang anak-anak pinta. Segalanya kalau boleh diturutkan. Sebolehnya tidak mahu mengecewakan permintaan anak-anak. 

Jadinya, kamu sebagai anak-anak janganlah 'berkira-kira' pula dengan ibu dan ayah. Balas jasa baik mereka dengan usaha yang bersungguh. Jangan banyak dalik dan alasan. Buktikan dengan kesungguhan dan kesanggupan kamu untuk memberikan kejayaan sebagai balasan. Biar berbaloi apa yang ibu dan ayah laburkan. Jangan kecewakan harapan mereka.

Buat ibu dan bapa seperti saya, segalanya kita sudah usahakan doakanlah anak-anak kita moga menjadi anak dan mendapat apa yang kita harapkan. Tetapi janganlah 'terover'. Nanti kita yang kecewa. Segalanya kita sandarkan kepada Ilahi jua. Dia yang menjaga hati-hati dan pergerakan anak-anak kita. Titipkan doa tiap hari buat anak-anak kita. Moga berjaya di dunia dan akhirat. Paling penting jadi muslim yang beriman sejati dan anak yang soleh bisa membahagiakan kita kelak.

Sekian sekadarnya coretan di ambang tahun 2013
Sambutlah tahun baru 2013 dengan penuh syariat.
Biarlah apa yang kita buat dalam menyambut tahun baru 2013 'shariah compliant' 
Jumpa lagi. Terima kasih

1 comment:

  1. lama tak dengar berita...Tulislah apa2 perkembangan ...mcmne study? dah berjalan?

    ReplyDelete